
Honda Jepun sudah melancarkan motosikal sportbike suku liter terbaru mereka ke pasaran Jepun. Honda CBR 250RR yang melakukan debut dunianya di Indonesia pada pertengahan kini mula diperkenalkan untuk pasaran domestik Jepun pada bulan lalu.
BACA: HARGA DAN SPESIFIKASI CBR250RR DI INDONESIA
BACA: HONDA CBR250RR SAH MASUK KE PASARAN MALAYSIA
Walaupun jenama sendiri, peminat Honda di Jepun terpaksa menunggu hampir setahun selepas ia dilancarkan di Indonesia. Ia adalah produk penting Honda bagi kategori ini yang telah disuapkan hampir semua teknologi superbike tulen.
Terdapat DUA varian yang diperkenalkan di pasaran Jepun iaitu model biasa dan model ABS. Model asas dijual pada harga 756,000 Yen (RM29,000) sementara model 250RR ABS ialah 806,760 Yen (RM31,000). Tidaklah murah mana kalau dibandingkan dengan motosikal dalam kelasnya.
Sebagai perbandingan, Yamaha YZF-R25 model asas ialah 556,200 Yen (RM21,400)
CBR 250RR ini dikuasakan oleh enjin baru paralel 2 selinder 4 lejang DOHC 249.7cc sejukan cecair yang dilengkapi sistem Throttle-by-Wire (TBW). Hadir sama ialah 3 pilihan mod pemanduan (RIDING MODE). Ekzos saluran tepi dibina dengan peredam bunyi berkembar.
Ia menggunakan sistem suntiikan bahanapi sementara kebuk pembakarannya bersaiz 62mm X 41.4mm dengan nisbah mampatan 11:5:1. Kuasa yang dihasilkan ialah 36 kuasa kuda.
Sistem suspensi depan didatangkan dengan set fork terbalik (upside down) sementara bahagian belakang diadaptasi sistem suspensi Honda Pro-Link. Sistem brek pula menampilkan cakera 310mm di hadapan dan belakang 240mm.
Bagaimana dengan pasaran Malaysia? Bila akan dilancarkan?
Menariknya, walaupun telah dilancarkan hampir setahun yang lalu di Indonesia, Jepun merupakan negara kedua yang mendapat model ini. Malah di Eropah dan Amerika Syarikat juga belum dilancarkan. Bagi negara dengan homolagasi lebih mudah seperti India (yang cukup besar pasarannya) juga belum dilancarkan.
Ia memakan masa untuk disesuaikan dengan keperluan kelulusan VTA (Vehicle Type Approval) setiap negara. Sudah tentu, ini bukanlah motosikal 250cc biasa dengan peralan asas. Ia hampir ada semua teknologi dan menjadikannya sebuah motor dengan harga jualan yang betul merupakan cabaran utama. Bayangkan di Jepun pun harga asas pun sudah RM29,000 berapa pula harganya di sini agaknya nanti?
Jadi, sama-samalah kita tunggu dan bertabahlah wahai hati…
GALERI CBR250RR