Buletin

NISSAN SERENA J IMPUL BAHARU – LEBIH MEWAH, BERMULA RM147,800 SEUNIT

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) baru-baru ini memperkenalkan varian mewah Nissan Serena 2.0L S-Hybrid yang telah dipertingkatkan, Nissan Serena J IMPUL baharu.

Direka oleh pakar daripada Nissan dan firma talaan IMPUL, lip spoiler depan dan belakang krom J IMPUL itu dibina khas di Jepun demi menghasilkan rekaan 3 dimensi yang tepat.

Ia juga berfungsi untuk mencapai downforce sehingga 10% dan menambah baik kestabilan pada kelajuan tinggi. Rim aloi IMPUL Millennium bersaiz 18 inci dalam kemasan hitam berkilat meningkatkan lagi rekaan mewah dan aspek aerodinamik MPV ini.

Sementara tempat duduk kulit premium dengan sulaman berbentuk berlian menyerlahkan lagi kemewahannya.

“Sistem 2.0L S-Hybrid menawarkan penjimatan bahan api yang terbaik dalam kelasnya iaitu 14.2km/L (NEDC R101), sekali gus memberikan Nissan Serena status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

“Dengan pelbagai ciri inovatif seperti pintu gelongsor berkuasa bebas tangan, dua pintu di bahagian belakang, 7 port USB, Intelligent Around View Monitor (I-AVM) bersama Intelligent Moving Object Detection (I-MOD) dan ketersambungan telefon pintar dengan Apple CarPlay™, ia membantu menjadikan Nissan Serena 2.0L S-Hybrid sebagai MPV Saiz Sederhana Bukan Nasional paling laris di Malaysia,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan.

Nissan Serena J IMPUL hadir bersama jaminan selama 5 tahun dan perbatuan tanpa had. Sementara aksesori pula didatangkan dengan jaminan selama 3 tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

Google ads
Back to top button