Artikel PilihanBuletin

ENJIN TURBO PENGELUAR MANAKAH YANG PALING LASAK DAN DIPERCAYAI?

Kita sedia maklum bahawa dalam usaha pengeluar memenuhi keperluan undang-undang pencemaran dan penjimatan bahanapi yang semakin ketat, enjin dengan induksi paksa (force induction) kini digunakan dengan meluas.

Mungkin ramai yang beranggapan, pengeluar Jepun maju dari sudut ini, namun sebenarnya dalam standard automotif moden, Jepun jauh ketinggalan. Tidak dinafikan, enjin-enjin kecil turbo dengan kuasa sehingga 200hp bermula di Jepun pada era 80-an dan 90-an. Namun, sistem turbo zaman tersebut jika dibina semula pada hari ini, nescya tidak akan lepas ujian pengeluaran yang semakin ketat.

Di sini, pembuat seperti Kumpulan Volkswagen mentafsirkan semula enjin kecil yang jimat dan berkuasa. Hampir 10 tahun berikutnya, barulah pembuat kereta Jepun kembali ke arena ini.

Toyota memperkenalkan Lexus NX200T dengan enjin 8AR 2.0 liter turbo, kemudiannya berkembang kepada model Harrier dan Crown. Sementara itu, C-HR menerima enjin lebih kecil 1.2 turbo (8NR). Ini adalah enjin yang akan digunakan Toyota/Lexus untuk kereta-kereta mereka pada masa akan datang bersama dengan platform baru TNGA.

BACA: 10 ENJIN JEPUN TERBAIK

Honda menggunakan K20A turbo pada Type-R F28 pada 2015 tapi khusus untuk versi prestasi. Sementara versi massa, mereka membangunkan L15B. 1.5 turbo pada Civic dan CR-V. Sebenarnya, untuk pasaran luar, Honda juga ada enjin tiga selinder turbo P10A.

Sepertimana yang diketahui, enjin dengan pendesak turbo lebih kompleks berbanding enjin N/A (Naturally Aspirated). Ia memerlukan penjagaan yang lebih teliti dan reliabiliti sering menjadi isu.

Consumer Report, agensi penilai bebas dari Amerika Syarikat telah membuat penilaian terhadap jenama-jenama kereta dengan enjin turbo. Mereka menguji lebih 500,000 buah kenderaan yang terdiri daripada kereta penumpang pelbagai kelas, MPV dan SUV.

Dapatan mereka agak mengejutkan kerana Toyota/Lexus yang kami kata “lewat” menggunakan enjin jenis ini nampaknya berada di tempat pertama dari segi reliabiliti.

Di tempat kedua ialah Honda dan di tempat ketiga ialah Porsche.

Kumpulan Volkswagen, yang boleh dikatakan merevolusikan enjin jenis ini bagaimanapun dapat kedudukan kelima menerusi jenama Audi.

BMW di tangga ke empat. Sementara itu, kereta Jepun lain iaitu Subaru di tangga ke enam dan Mazda di tangga ke lapan. Masih dalam senarai 10 terbaik.

Nah. baca senarai penuh di bawah.

Google ads
Back to top button