Buletin

VOLKSWAGEN SAH TAMATKAN PRODUKSI BEETLE

Pengeluar kenderaan gergasi Eropah, Volkswagen mengesahkan bahawa ia tidak akan meneruskan produksi model ikoniknya, Beetle selepas generasi sekarang.

Sebelum ini memang sudah wujud khabar angin tentang perkara ini, namun ia tidak pernah disahkan secara jelas oleh Volkswagen. Biarpun timbul dakwaan bahawa Beetle elektrik generasi seterusnya akan dibina, Volkswagen menegaskan model itu juga tidak akan dihasilkan.

Beetle mewarnai pasaran automotif dunia sejak tahun 1938. Popularitinya membuatkan Beetle menjadi sebahagian daripada budaya pop sekitar tahun 1960 dan 1970-an.

Untuk makluman, produksi Beetle pernah dihentikan seketika pada tahun 2003, tetapi kembali dikilangkan pada 2011. Walaupun wujud kemungkinan ia akan dihasilkan semula, tetapi tiada siapa tahu bilakah masa itu bakal tiba.

BACA: BEETLE LUMBA RWB 

“Dua atau tiga generasi sudah cukup buat masa sekarang. Beetle memang sudah mencatat sejarah, tetapi anda tidak boleh terus menghasilkannya berkali-kali,” kata Ketua Pembangunan Teknikal Volkswagen, Frank Welsch.

VOLKSWAGEN BEETLE BUG - RM146,888

Welsch bagaimanapun tidak memberitahu bilakah tarikh unit terakhir Beetle akan dikeluarkan.

Pada masa yang sama, Welsch mengumumkan model konsep elektrik I.D. Buzz yang diinspirasikan daripada Volkswagen Type 2 Transporter bakal menjadi pengganti Beetle sebagai model ‘retro’.

Google ads
Back to top button