
BYD ATTO 3 PERFORMANCE TIBA DI MALAYSIA, 449HP AWD DAN HANYA 69 UNIT – HARGA MULA RM149K
BYD Sime Motors memperluaskan barisan SUV elektrik Atto 3 di Malaysia menerusi pelancaran varian baharu BYD Atto 3 Performance, yang tampil dengan sistem pacuan semua roda (AWD) serta kuasa lebih tinggi.
Model edisi khas ini ditawarkan pada harga RM149,880 (atas jalan tanpa insurans) dan hanya 69 unit disediakan sempena sambutan ulang tahun ke-69 Hari Merdeka Malaysia.
Berbanding varian sedia ada, Atto 3 Performance menerima tambahan motor elektrik di gandar hadapan, menjadikan prestasinya jauh lebih agresif.

Spesifikasi Utama BYD Atto 3 Performance
- Sistem pacuan: AWD (Pacuan Semua Roda)
- Kuasa maksimum: 449hp
- Tork maksimum: 560Nm
- Pecutan 0-100 km/j: 4.0 saat
- Kelajuan maksimum: 200km/j
- Bateri: Blade Battery LFP 74.9kWh
- Jarak perjalanan WLTP: 450km
- Seni bina elektrik: 800V
- Pengecasan DC maksimum: 220 kW
- Masa pengecasan 10%-80%: 25 minit
Kelengkapan dan Ciri Dalaman
- Paparan instrumen digital 8.8-inci
- Skrin infotainmen boleh putar 15.6-inci
- Paparan Head-Up Display (HUD)
- Peti sejuk pintar 4.5 liter
Ciri Keselamatan dan ADAS

Selain pakej keselamatan aktif sedia ada, model ini turut dilengkapi:
- Intelligent Speed Limit Control (ISLC)
- Traffic Sign Recognition (TSR)
- Front Cross Traffic Alert (FCTA)
- Front Cross Traffic Brake (FCTB)
Ciri Luaran
- Rim aloi rekaan turbin 18-inci
Pilihan warna:
- Ski White
- Atlantis Grey
- Harbour Grey
- Cosmos Black
Jaminan
- Waranti kenderaan: 6 tahun atau 150,000km
- Waranti bateri Blade voltan tinggi: 8 tahun atau 160,000km
- Waranti unit pacuan elektrik: 8 tahun atau 160,000km

Tawaran Pelancaran
Pembeli boleh memilih salah satu pakej berikut:
- Pengecas dinding rumah percuma termasuk pemasangan + bantuan tukar beli RM6,000
atau - Pakej servis standard enam tahun + bantuan tukar beli RM5,000
Setiap pakej menawarkan nilai keseluruhan sehingga RM10,000.
Selain itu, setiap pembelian turut menerima:
- Adapter Vehicle-to-Load (V2L) percuma
- Kabel pengecas Type 2 dengan plag 3-pin
Model BYD Atto 3 Performance kini boleh dilihat dan ditempah di bilik pameran BYD yang sah di seluruh negara.
GALERI:






















