Buletin

BYD ATTO 3 RASMI DILANCARKAN. 203HP/310NM, 480KM SEKALI CAJ, BERMULA RM149,800

Sime Darby Motors hari ini secara rasmi memperkenalkan model EV BYD ATTO 3 ke pasaran tempatan. 

BYD ATTO 3 merupakan model SUV elektrik sepenuhnya yang dibina berasaskan kepada e-platform 3.0 terkini BYD. Jentera itu hadir daam dua pilihan varian iaitu Standard Range dan Extended Range. 

Versi Standard Range  ditawarkan pada harga bermula RM149,800 dan Extended Range pula berharga RM167,800 seunit. 

Penampilan EV dengan pacuan roda hadapan itu diserlahkan dengan sepasang lampu LED nipis yang dipadankan bersama kemasan krom.

Di samping rekaan bampar nampak sporty dengan kemasan berwarna hitam. Dari arah sisi, karekter SUV sierlahkan dengan arca roda berwarna hitam dan rekaan bumbung terapung.

Saiz tayar di antara kedua-dua varian juga berbeza iaitu 215/60 R17 (Standard Range) dan 215/55 R18 (Extended Range).

Masuk ke ruang kabin, SUV itu hadir dengan rekaan yang agak futuristik bersama panel instrumen bersaiz lima inci, skrin infohibur berukuran 12.8 inci boleh dipusing, enam unit pembesar suara, serta ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar yang boleh didapati bermula Q2 2023.  

Ciri-ciri kemudahan lain termasuklah pengecas peranti tanpa wayar, kad kunci dan sistem kemasukan tanpa kunci. Jentera berkenaan turut menawarkan ruang kargo seluas 440 liter yang boleh menjadi seluas 1,340 liter apabila kerusi belakang dilipat sepenuhnya.

Aspek keselamatan dipertingkatkan menerusi tujuh beg udara, view monitor 360 darjah, sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), parking sensor depan belakang, ABS, ESP, EBD, kawalan cengkaman, Hill Descent Control (HDC), Adaptive Cruise Control, AEB, Rear Collision Warning, Blind Spot Detection, Rear Cross Traffic Alert (RCTA) dan banyak lagi. 

BYD ATTO 3 didatangkan dalam lima pilihan warna iaitu biru, hijau, merah, kelabu dan putih dengan kemasan dalaman berwarna biru/kelabu.

GALERI

Google ads
Back to top button