Buletin

JURUJUAL KERETA TERPAKAI REMPUH PAGAR KETIKA PANDU UJI BMW X6 M, NAYA PAK KARIM…

Seorang jurujual kereta terpakai berusia 18 tahun dari Chicago telah merempuh garaj di kawasan kejiranan ketika sedang melakukan pandu uji bersama dua pelanggan BMW X6 M 2012.

Jurujual, Vladyslav Vityk, memandu SUV itu melalui Elmhurst sebelum dia hilang kawalan di blok 700 Junior Terrace.

β€œSaya hanya duduk di pejabat saya bekerja. Kemudian saya terdengar bunyi rempuhan kuat di sudut rumah,” kata Eric Bowgren, pemilik rumah, kepada CBS News selepas nahas itu. β€œJadi, saya rasa seseorang telah hilang kawalan semasa memandu.”

Rakaman yang diambil selepas kemalangan itu menunjukkan terdapat kerosakan pada harta benda milik rumah tersebut. Jurujual itu bukan sahaja merempuh garaj tetapi juga merobohkan pagar.

BMW X6 M itu dalam kondisi begitu teruk selepas kemalangan dengan kehilangan roda dan tayar manakala cermin depan pecah selain bahagian hadapan turut rosak.

Polis segera menangkap Vityk sertas mendakwanya kerana memandu secara melulu, tidak mematuhi alat kawalan lalu lintas, penggunaan lorong yang tidak betul dan memandu terlalu laju.

Walau bagaimanapu, Vityk boleh berasa lega kerana tidak mengalami sebarang kecederaan, begitu juga dengan pemilik rumah, tetapi dua penumpang dalam X6 M telah dibawa ke Hospital Edward-Elmhurst berdekatan untuk mendapatkan rawatan susulan bagi kecederaan ringan.

Google ads
Back to top button