
SIME DARBY MOTOR BAKAL EDAR EV BYD. MULA DENGAN ATTO 3 DAN MPV e6
Sime Darby Motors (SDM) Malaysia baru-baru ini menandatangani Perjanjian Pengedaran dengan pengeluar kenderaan tenaga baharu terkemuka dari China, BYD.
Perjanjian itu menandakan kemasukan kenderaan elektrik BYD ke pasaran kereta tempatan dengan SDM bakal bertindak sebagai pengedar untuk mengedar EV ATTO 3 dan MPV e6 baharu.
Formalisasi kerjasama di antara SDM dan BYB dalam satu majlis melibatkan Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia Jeffrey Gan serta Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn. Bhd. dan PT. BYD MOTOR INDONESIA, Eagle Zhao.

Diadakan di Sime Darby Motors City Ara Damansara, majlis itu turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Sime Darby Motors, Andrew Basham dan Pengurus Besar Divisyen Jualan Auto Asia Pasifik BYD, Liu Xueliang.
“Selari dengan komitmen kami untuk menggalakkan peralihan kepada EV dalam kalangan rakyat Malaysi, kami mengalu-alukan BYD ke dalam rangkaian jenama kendalian Sime Darby. Kerjasama ini akan membawa kepakaran BYD ke pasaran Malaysia dan menjadi salah satu langkah untuk kami menjadi peneraju dalam segmen EV,” kata Andrew.
Liu Xueliang pula mengakui bahawa Malaysia merupakan salah satu pasaran penting dalam proses pengembangannya.
- BACA: WARREN BUFFETT JUAL RM2.7 BILION SAHAM BYD DALAM TEMPOH DUA BULAN. KAUT UNTUNG 35 KALI GANDA!
- BACA: PESAING ALPHARD, BYD DENZA D9 DILANCARKAN DI CHINA. HARGA BERMULA RM220K
- BACA: BYD MASUK SENARAI FORTUNE 500. CATAT PENDAPATAN RM145 BILION
- BACA: BYD DOLPHIN. RUPA MACAM JAZZ, CAJ 5 MINIT DAPAT 150KM, HARGA BERMULA RM65K