Buletin

WARREN BUFFETT JUAL RM2.7 BILION SAHAM BYD DALAM TEMPOH DUA BULAN. KAUT UNTUNG 35 KALI GANDA!

Pemilik Berkshire Hathaway, Warren Buffett dilapor telah menjual sebanyak AS$600 juta (RM2.7 bilion) saham BYD miliknya dalam masa kurang dari dua bulan. Ia juga dikatakan mengaut keuntungan kira-kira 35 kali ganda berbanding pemilik Tesla, Elon Musk.

Firma pelaburan terkenal itu membelanjakan AS$232 juta (RM10.4 bilion) untuk memperoleh 225 juta unit saham pembuat kenderaan elektrik itu pada 2008. Fail pertukaran menunjukkan saham dikurangkan sebanyak 8 peratus iaitu 207 juta saham pada 1 September lalu.

Berkshire membayar sekitar AS$1 (RM4.50) untuk satu saham apabila ia melabur dalam BYD. Kini telah menjual hampir 18 juta saham pada harga purata wajaran AS$35 (RM54), berdasarkan julat dagangan saham dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Kebimbangan Buffett dan pasukannya akan terus menjual atau menghapuskan pegangan sepenuhnya mencetuskan kejatuhan sebanyak 30 peratus harga saham BYD sejak 11 Julai.

Di atas kertas, baki pegangan Berkshire dalam BYD bernilai kira-kira AS$5.7 bilion (RM26 bilion), penurunan sebanyak 35 peratus berbanding AS$8.8 bilion (RM40 bilion) pada akhir Jun.

Di bawah peraturan pertukaran saham, Berkshire hanya perlu mendedahkan transaksi yang mengubah peratusan kepentingannya dengan nombor bulat. Buffett boleh menjual 9.6 juta saham lagi sebelum pemilikan saham BYD yang disenaraikan di Hong Kong yang turun di bawah 18 peratus.

Keputusan Berkshire untuk mengurangkan pegangan dalam saham BYD tahun ini dibayangkan oleh rakan kongsi perniagaan Buffett, Charlie Munger yang didakwa menjual AS$50 juta (RM225 juta) saham pembuat kereta itu pada Disember.

Munger diperkenalkan dengan BYD oleh pengurus dana lindung nilai bernama Li Lu, dimana dananya juga dijual lebih daripada satu perempat daripada saham BYD pada musim panas lalu.

Google ads
Back to top button