Buletin

BYD RAIH UNTUNG BERSIH RM3.7 BILION PADA Q3 2022. TESLA PUN KALAH

Pembuat kenderaan elektrik (EV) terbesar dari China, BYD dilapor meraih keuntungan bersih pada suku ketiga tahun ini dengan lonjakan sebanyak 350 peratus berbanding setahun lalu.

Perkembangan itu dibantu oleh tawaran rangkaian produk meluas serta jualan kukuh yang membolehkan BYD mengatasi Tesla.

Keuntungan bersih BYD bagi suku Julai-September mencecah RM3.7 bilion. Manakala sembilan bulan pertama menyaksikan peningkatan sebanyak 281 peratus kepada 9.31 bilion yuan (RM6 bilion), kata BYD dalam pemfailan bursa saham. Keputusan itu sejajar dengan ramalan syarikat yang diterbitkan minggu lepas.

BYD mendapat pelbagai insentif untuk kereta elektrik yang ditawarkan oleh kerajaan pusat dan tempatan China setelah mengeluarkan kenderaan petrol daripada katalog produk mereka.

Ia juga dapat mengurangkan kos setiap kenderaan dengan ketara, selain peningkatan mendadak jualan berbanding pesaing EV yang lain.

Jualan gabungan kenderaan plug-in elektrik dan hibrid tulen BYD meningkat 250 peratus dalam sembilan bulan pertama kepada 1.2 juta unit, naik 110 peratus untuk keseluruhan segmen EV.

Manakala Tesla menjual lebih daripada 318,000 kenderaan elektrik di China dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Di Malaysia, BYD dikatakan telah menandatangi perjanjian pengedaran bersama Sime Darby Motors untuk membawa masuk EV ke pasaran tempatan. Dua model BYD yang telah disahkan untuk pasaran Malaysia ialah Atto 3 dan e6.

Google ads
Back to top button