
BYD DEDAH SEAGULL SECARA RASMI – GUNA BATERI NATRIUM-ION BYD, JARAK GERAK 405KM, HARGA BERMULA RM51K
BYD akhirnya mendedahkan secara rasmi gambar keluaran baharu mereka, BYD Seagull pada 30 Mac lalu. Menariknya, BYD Seagull merupakan kereta pertama menampilkan bateri natrium-ion BYD.
BYD Seagull adalah sebahagian daripada siri Ocean termasuklah sedan Seal dan SUV Sea Lion, yang bakal dilancarkan pada Q2 2023.
Untuk rekod, BYD Seagull mempunyai ukuran dimensi 3780/1715/1540mm dengan jarak roda 2500mm.

Seperti dinyatakan dalam artikel sebelum ini, bahagian luar Seagull mempunyai garis bonet yang cerun, selain terdapat kemasan plastik di bahagian bawah badan dan spoiler bumbung.
Sementara, bahagian hadapan pula dipadankan bersama dua lampu utama berbentuk trapez serta bampar dengan corong pengambilan udara.
Seperti Dolphin, Seagull diserlahkan lagi dengan pilihan warna kuning, hitam, hijau, kelabu serta ungu.

Menurut maklumat yang dikeluarkan pada masa ini, ia akan didatangkan dengan dua pilihan bateri LFP, 30kWj serta 38kWj, masing-masing menawarkan jarak gerak 305km dan 405km.
Dari segi kuasa, Seagull dijana oleh motor elektrik TZ180XSH dengan hamburan kuasa sebanyak 75hp.
Menerusi perkongsian dari BYD, harga rasmi Seagull adalah antara AS$11,600 (RM51,277) hingga AS$15,600 (RM68,959) dan bersaing dengan jenama China lain, antaranya Wuling Bingo, dijual pada harga AS$8,700 (RM38,458).
Kementerian Penerangan China sebelum ini mendedahkan bahawa Seagull melakukan debut secara rasmi pada 18 April di Shanghai Auto Show.
- BACA: KENAPA BATERI BYD BLADE LAGI POWER DARI BATERI ION LITHIUM TESLA?
- BACA: BIMS 2023: BYD PERKENAL MPV ULTRA MEWAH DENZA D9. LEBIH BESAR DARIPADA ALPHARD, 600KM SEKALI CAJ
- BACA: BYD PERKENAL DENZA N7 DI CHINA – REKAAN MACAM PORSCHE CAYENNE COUPE, HARGA MASIH MISTERI
- BACA: BYD MUNGKIN TAK JADI BELI KILANG FORD DI JERMAN, MAHU BINA KILANG SENDIRI DI EROPAH