Buletin

TURUNKAN HAD LAJU MAMPU KURANGKAN RISIKO CEDERA DALAM BANDAR – KAJIAN

Kajian terbaharu daripada Insurance Institute for Highway Safety mencadangkan pelaksanaan had laju yang lebih rendah di dalam bandar untuk menjadikan jalan raya yang lebih selamat.

Data terbaharu diperoleh daripada Seattle, Washington di mana pihak berkuasa telah menurunkan had laju di jalan raya daripada 30 batu sejam (48 km/j) kepada 25 batu sejam (40 km/j).

Had laju di jalan kediaman juga telah diturunkan kepada 20 batu sejam (32 km/j).

Statistik menunjukkan kebarangkalian untuk berlaku kemalangan yang mencederakan turun sebanyak 20 peratus di jalan utama, manakala jalan luar bandar mencatatakan penurunan 11 peratus.

Presiden IIHS David Harkey mengulas, “keputusan yang diperoleh merupakan kesan daripada langkah menurunkan had laju. Kemalangan masih lagi berlaku, namun ia kini tidak begitu bahaya.

Kajian tersebut turut membandingkan data kemalangan di Seattle serta tiga lagi bandar lain di Washington yang tidak melaksanakan penurunan had laju.

Mereka mendapati kadar kemalangan serta kecederaan menurun di jalan utama Seattle, manakala tiga bandar lain mencatatkan peningkatan.

Di jalan kediaman, tidak banyak perubahan signifikan disebabkan dua faktor – saiz sampel yang sangat kecil, serta fizikal jalan yang sempit dan kerap mempunyai kenderaan yang diletakkan di tepi jalan menjadikan pemandu tidak berani untuk memandu melebihi had yang ditetapkan. – IIHS

Google ads
Back to top button