Buletin

BYD DOLPHIN DIPERKENALKAN DI JEPUN, HARGA BERMULA RM115K, SAIZ LEBIH BESAR BERBANDING MODEL CHINA

BYD baru-baru ini memperkenalkan BYD Dolphin di pasaran Jepun dengan menawarkan harga AS$24,567 (RM115,157).

Untuk versi standard, ia dilengkapi dengan bateri kuasa 44.9kWh dan menawarkan jarak gerak WLTC sejauh 400 kilometer.

Bagi varian lebih tinggi, BYD Dolphin boleh didapati pada harga AS$27,500 (RM128,906), menampilkan bateri kuasa 58.56kWh yang lebih besar dan jarak gerak WLTC sejauh 476 kilometer.

Dalam konteks harga, BYD Dolphin ditawarkan pada harga AS$15,200 (RM71,250) hingga AS$17,900 (RM83,906) di China, sementara di Eropah pula diberi tanda harga AS$32,000 (RM150,000).

BYD Dolphin di pasaran Jepun bagaimana datang dengan perbezaan, di mana saiznya lebih besar sedikit.

Sebagai perbandingan, model Jepun berukuran 4,290mm panjang, 1,770mm lebar, dan 1,550mm tinggi, dengan jarak roda 2,700mm.

Sementara, dimensi model China mempunyai dimensi panjang 4,125mm, lebar 1,770mm, ketinggian 1,570mm, dan jarak roda 2,700mm.

Untuk rekod, BYD Dolphin versi Eropah adalah 2 cm lebih pendek berbanding versi Jepun.

BYD ATTO 3, model elektrik tulen pertama syarikat yang diperkenalkan di Jepun, boleh didapati pada Januari tahun ini.

Model tersebut pada mulanya berharga AS$29,774 (RM139,565), kemudian dikurangkan kepada AS$24,025 (RM112,617) selepas mengambil kira subsidi kerajaan Jepun.

Kemasukan BYD ke dalam pasaran Jepun bermula dengan pembukaan bilik pameran pertamanya di Yokohama pada bulan Februari.

Selain itu, syarikat itu turut merancang untuk membina lebih 100 bilik pameran di seluruh Jepun menjelang akhir 2025, dengan sepuluh telah beroperasi pada 21 Ogos lalu.

Google ads
Back to top button