Buletin

BYD DOLPHIN RASMI DILANCARKAN, DUA VARIAN, 201HP, HARGA BERMULA RM99K

BYD hari ini secara rasmi melancarkan BYD Dolphin dengan pilihan dua varian iaitu Dynamic Standard serta Premium Extended.

Perincian harga adalah seperti berikut:

  • Dynamic Standard: RM99,900
  • Premium Extended: RM124,900

BYD Dolphin dibangunkan dari e-Platform 3.0 untuk kecekapan sistem serta kepintaran kenderaan bersepadu dan mempunyai ukuran dimensi 4125mm panjang, lebar 1770mm, tinggi 1570mm dan jarak roda 2,700mm sementara ruang bagasi memiliki kapasiti 345 liter.

Ia dipadankan bersama lampu utama LED adaptif, cermin sisi dengan fungsi pemanas serta mempunyai ciri V2L (Vehicle To Load).

Ciri utama dalam kabin BYD Dolphin adalah seperti berikut:

  • Kluster instrumen digital lima-inci
  • Material kulit buatan
  • Sistem infotainmen dengan skrin sentuh 12.8-inci
  • Sokongan Apple CarPlay dan Android Auto
  • Sistem tanpa kunci
  • Pendingin automatik
  • Bumbung kaca panoramic
  • Pengecas telefon tanpa wayar.

Beralih kepada kuasa, varian Dynamic Standard didatangkan dengan sebuah motor elektrik di depan, berupaya menghasilkan 94hp, 180Nm tork sementara daya pecutan 0-100km/j hanya mengambil masa 12.3 saat.

Untuk rekod, varian Dynamic Standard menggunakan bateri Blade lithium iron phosphate (LFP) berkapasiti 44.92kWh dan menawarkan jarak gerak 410km bagi setiap pengecasan penuh.

Bagi varian Premium Extended pula, ia dijana oleh motor elektrik lebih berkuasa, menghamburkan kuasa 201hp, tork 310Nm manakala pecutan 0-100km/j hanya dalam 7 saat.

Selain itu, varian Premium Extended menerima kapasiti bateri lebih besar, 60.48 kWh, memberikan jarak gerak sehingga 490km.

Maklumat lain, baterinya mampu dicaj dari 30% ke 80% dalam masa 30 minit dengan pengecaj 60kWh. Bagi pengecasan AC, sistem On Board Charger datang dengan sistem 7kW. Dalam aspek pecutan pula, 0-50km/jam dibuat dalam masa 3.9 saat

Ciri keselamatan pula terdiri daripada sistem pasif biasa seperti ABS, kawalan cengkaman, ESC dan merangkumi ciri aktif kawalan melayar adaptif, brek autonomous kecemasan, peninjau titik buta, amaran lintasan trafik belakang serta amaran dan penghindaran penukaran lorong.

GALERI:

Google ads
Back to top button