BYD ATTO 3 CAPAI PRODUKSI KE 500,000 – BUKTI PASARAN NEV BYD SEMAKIN BERKEMBANG
BYD baru-baru ini meraikan kejayaan penting apabila memproduksi kenderaan tenaga baharu (NEV) ke-500,000 menerusi model BYD ATTO 3.
Sebagai model pertama untuk pasaran global, BYD ATTO 3 telah menjadi model NEV pertama terlaris di pelbagai negara termasuk Singapura, New Zealand, Thailand, Israel serta Sweden.
Untuk rekod, BYD ATTO 3 mengungguli tempat teratas dalam hasil jualan di Israel selama sembilan bulan berturut-turut selain, menjadi model kedua terlaris di Thailand setakat Ogos 2023.
Menurut BYD, pencapaian ini adalah bukti kepada pertumbuhan BYD di pasaran automotif global.
Di Thailand, BYD Atto 3 dipasarkan dalam versi Extended Range dengan bateri Blade LFP 60.49kWh BYD dengan pengecasan mengambil masa 45 minit untuk mencapai 0-80 peratus melalui pengecas 80 kW. Dengan pengecasan penuh, ia mampu bergerak hingga 420km.
BYD Atto 3 dikuasakan oleh motor elektrik berkuasa 201hp dan 310Nm tork serta mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 7.3 saat.
Ia turut dilengkapi beberapa ciri menarik seperti kamera 360 darjah, bantuan mula mendaki, kawalan cengkaman, kawalan kestabilan, ABS, peninjau tekanan tayar, sensor parkir belakang dan banyak lagi.
Selain itu, BYD ATTO 3 juga mendapat penarafan EURO NCAP 5 bintang termasuk menerima pengiktirafan seperti ‘2022 New Zealand Car of the Year’ dan ‘VAB Electric Family Car of the Year of Belgium’
- BACA: THAILAND TERAJU 79 PERATUS PASARAN EV ASEAN – BYD ATTO 3 PALING LAKU!
- BACA: BYD ATTO 3, SUV ELEKTRIK PALING EFISYEN DAN BERBALOI. 440KM UNTUK SEKALI CAJ
- BACA: YOUTUBER PANDU UJI BYD ATTO 3 DENGAN BATERI 60 KWH, BOLEH DIPANDU LEBIH JAUH BERBANDING UJIAN WLTP
- BACA: DEMI BYD ATTO 3, PEMBELI DI THAILAND SANGGUP BERATUR SEAWAL 8 MALAM. DAH MACAM BELI IPHONE