
CADILLAC XT6 – SUV AMERIKA DENGAN GAYA JIWA MUDA
Tidak dapat dinafikan, jenama Cadillac ini sesungguhnya mempunyai pengaruh yang cukup kuat bagi pasaran Amerika dengan sewaktu dengannya. Di dalam segmen SUV, barangkali kita seringkali dimomokkan dengan bayangan Escalade. SUV berwarna hitam ini seringkali dikaitkan dengan imej Rumah Putih dan juga Ejen Istimewa.
Tapi ini wujud sebuah lagi model SUV dari Cadillac yang cuba lari dengan imej pemandunya memakai suit serba hitam dan membosankan. SUV XT6 ini ternyata tampil dengan gaya yang cukup moden dan elegan. Cukup sesuai jika pemandunya mengenakan pakaian kasual sambil memakai cap baseball. Gaya orang muda.
Kalau hendak diikutkan dalam katalog Cadillac, ini adalah SUV keempat sesudah XT5, XT4 dan juga Escalade. Untuk XT6 ini, ianya ditawarkan dengan pilihan Premium Luxury untuk gaya yang lebih mewah. Manakala model Sport untuk mereka yang jiwanya kelajuan.

Keberanian Cadillac untuk menampilkan sebuah SUV keluarga enam (pilihan) atau tujuh tempat duduk dengan gaya yang lari dari tipikal pasti mampu menarik minat orang muda dan perasan muda.
Menggunakan lampu utama jenis LED adalah trend terkini. Kecil dan menipis rekaannya dikontrakan dengan gril yang besar. Bampar hadapannya juga kelihatan moden dan bergaya.

Bahagian kabinnya menampilkan gaya mewah. Balutan kulit berwarna beige memberikan ilusi lebih luas. Malah kalau untuk membawa enam penumpang dewasa pun cukup selesa sebenarnya. Kerusi barisan ketiganya menampilkan kerusi sebenar dan bukannya jenis bangku sekadar ngam – ngam untuk anak kecil atau dua ekor Garfield. Apa yang bagus, rekaan cermin belakang barisan ketiga juga agak luas. Tidaklah terasa kelemasan sangat kan.
Unit hiburan dalamannya pula turut dilengkapi dengan keupayaan sambungan Apple CarPlay serta sambungan internet 4G LTE. Bagi memudahkan penumpang mengecas telefon pintar, turut tersedia adalah sistem pengecasan tanpa wayar. Tak perlu risau lagi nak bawa Power Bank atau wayar USB.
Soal keselamatan dan keselesaan penumpang dan pemandu sememangnya menjadi keutamaan model baharu ini. Dilengkapi dengan tujuh beg udara dan 14 buah speaker jenis Bose misalannya mampu menjadi daya penarik tambahan selain daripada fungsi Adaptive Cruise Control yang turut tersedia.

Enjinnya dipula dijanakan oleh 3.6L DOHC V6 yang mampu menghamburkan kuasa sekitar 310 HP dengan kuasa tujahan 231 kW yang kemudiannya disalurkan melalui kotak gear auto sembilan kelajuan yang turut dilengkapi dengan Electronic Precision Shift bagi meningkatkan tahap kecekapan bahan bakar.
Seperti biasa, di akhiri artikel Brader Karrager akan bawakan tentang berapa jumlah harga yang harus dibayar untuk mendapatkan sebuah SUV bersaiz penuh ini. Harganya dikhabarkan sekitar $53,690 (RM218,813) sahaja.