Artikel Pilihan

CADILLAC ESCALADE – SUV MEWAH GAYA AMERIKA SEJATI

Nama Cadillac sebetulnya cukup gah dan dipuja  di Amerika sana. Ianya bukan setakat jenama kebangsaan, tetapi ianya lebih dari itu. Ianya adalah tentang gaya Amerika. Dan bercerita tentang gaya Amerika, terdapat sebuah SUV mewah dengan gaya Amerika Amerika sejati. Cadillac Escalade nama diberi.

BACA : ADA APA DENGAN THE BEAST : SI CADILLAC ONE

BACA : 5 BILLIONAIR TERKENAL DUNIA YANG MEMANDU KERETA YANG SANGAT SEDERHANA

Cadillac Escalade ini telah pun memasuki generasi keempat setelah ianya dilancarkan pada tahun 2015. Manakala generasi pertamanya pula telah pun berada di pasaran bermula tahun 1999 lagi. Ternyata, kehadiran SUV dengan gaya mewah ini telah memberikan penanda aras tentang bagaimana sesebuah SUV itu harus direka.

Rekaan luarnya kalau dilihat dengan mata kasar, kita sudah boleh membayangkan karektor yang ada pada Escalade ini. Kasar dan lasak tetapi dalam masa yang sama masih kelihatan macho. Rekaan grill krom yang labuh dan menganga itu sudah cukup memberikan isyarat jelas bahawa ada sesuatu istimewa tentangnya.

Padanan rim bersaiz 20 inci sebagai ciri standard pula dirasakan cukup serasi. Tidak kelihatan mengecil jika dibandingkan dengan saiz badan yang cukup besar bak emporium.  Mahunya tak emporium, ruangan dalaman Escalade ini mampu memuatkan sehingga 8 orang penumpang tanpa masalah.

Pelanggan di Amerika boleh memilih sama ada mahukan pacuan roda 2WD atau pun 4WD. Iyalah, mana tahu nak lalu di kawasan Gurun Amerika sana kan. Sedaplah sikit kalau guna 4WD ni. Nadinya pula menggunakan enjin  6.2L V8. Tipikal gaya Amerika, enjin semua saiz bagak. Murah sangat agaknya Cukai Jalan depa. Dengan enjin sebesar itu, senang-senang aja kuasa kudanya boleh mencecah sehingga 420hp.

Bila dah pakai enjin bersaiz lori ni, jangan haraplah nak sembang bab penjimatan bahan bakar. Cumanya penggunaan Active Fuel Management yang membolehkan pembakaran sempurna sekaligus dapat meningkatkan prestari Escalade ini ke tahap optimum tanpa melibatkan sebarang pembaziran bahan bakar.

Apa yang menarik tentang Escalade ini, ianya turut dilengkapi dengan  Cadillac Magnetic Ride Control, sebuah sistem gantungan tindakbalas terpantas di dunia yang menjanjikan pemanduan yang jitu dalam apa jua bentuk permukaan yang ditempuhi.

Pendek kata, ianya adalah sebuah SUV yang cukup sempurna untuk dipandu. Namakan sahaja bentuk muka bumi, semuanya mampu ditawani. Versi facelift untuk 2019 pun bakal berada di pasaran sementara menantikan generasi kelima yang dijangkakan berada di pasaran tahun 2020 nanti.

Oh ya, sebelum ada yang terkeliru tentang sebuah lagi model yang ada iras-iras dengan Escalade ini, Chevrolet Suburban. Ianya dibina berdasarkan platform yang sama, GMT-K2. Maka, jangan hairanlah seandainya kedua-dua model ini kita biasa melihatkan ianya beraksi sewaktu dalam perarakan sang Presiden. Ejen Perkhidmatan Rahsia menggunakannya ok!

 

 

 

Tags
Google ads
Back to top button