Buletin

DRUMMER BLINK 182 LELONG CADILLAC COUPE DEVILLE 1964

Pemain dram terkenal yang cukup sinonim dengan kumpulan Blink 182, Travis Barker cukup meminati kereta jenama Cadillac.

Dia yang meminati jentera klasik ini turut mengabadikan dua tatu Cadillac pada badannya.

Begitupun, penerbit muzik ini telah melelong Cadillac Coupe DeVille 1964 kesayangannya di Bring A Trailer.

Sehingga kini, jentera tersebut dibida pada harga AS$21,000 (RM87,509) dan Barker berharap ia dapat mencecah sehingga AS$25,000 (RM104,000).

Sehingga kini, jentera tersebut dibida pada harga AS$21,000 (RM87,509) dan Barker berharap ia dapat mencecah sehingga AS$25,000 (RM104,000).

Barker memiliki Cadillac Coupe DeVille 1964 ini sejak tahun 2011 dan merupakan antara koleksi kesayangannya.

Menariknya tentang kereta ini, ia pernah digunakan dalam salah satu muzik video kumpulan Blink 182 pada tahun 2015.

Cadillac Coupe DeVille mendapat khidmat enjin V8 ini mampu menjana kuasa 340hp dengan transmisi automatik 3-kelajuan TH400.

Selain itu, ia turut dilengkapi bampar krom, rim 15 inci, penghawa dingin, tempat duduk hadapan boleh dilaraskan dan radio.

Difahamkan, Barker merupakan pemilik ketiga jentera ini yang memiliki perbatuan mencecah 96,560 km.

Pada tahun lalu, bintang terkenal ini telah membeli kereta baharu Rolls-Royce Cullinan. -autoevolution

Google ads
Back to top button