Buletin

GM TAWAR BUYOUT. 150 DARIPADA 880 PENGEDAR TERIMA TAWARAN

General Motors (GM) mengetahui bahawa industri automtif akan mengalami transformasi dengan penggunaan elektrik sepenuhnya pada masa depan.

Justeru, GM ingin menetapkan sasaran penjualan 30 kenderaan elektrik menjelang tahun 2025 malah syarikat berkenaan dilaporkan akan menerajui cas elektrik pengeluar kenderaan Detroit di Amerika Syarikat (AS).

Baru-baru ini, syarikat terbabit dilaporkan memaklumkan kepada para pengedarnya untuk membuat pelaburan masa depan atau menerima tawaran pembelian kepentingan (buyout).

Menurut laporan The Wall Street Journal, 150 daripada 880 pengedar di seluruh negara telah mengambil tawaran berkenaan bernilai AS$300,000 (RM1.2 juta) hingga AS$1 juta (RM4 juta) untuk menghenti operasi mereka daripada membuat pelaburan sebanyak AS$200,000 (RM813,800).

Pelaburan tersebut merangkumi insfrastruktur pengecas dan kemas kini lain melibatkan kemudahan dalam menyokong masa depan elektrik jenama automotif itu.

Secara dasar, ia menunjukkan satu daripada enam pengedar Cadillac di seluruh negara kemungkinan besar akan tutup kedai.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada GM menjangka begitu banyak pengedar yang akan mengambil tawaran pembelian kepentingan tersebut.

Nilai pelaburan sebanyak AS$200,000 (RM813,800) agak tinggi ketika berdepan pandemik Covid-19.

Kenderaan Cadillac seperti XT6 crossover menunjukkan peningkatan drastik dalam penjualan sejak setahun lalu dan syarikat berkenaan dijangka akan menaruh harapan dalam jentera elektrik baharu, Lyriq SUV dalam mengukuhkan penjualan.

Cadillac memiliki pengedar yang banyak berbanding pesaing lain seperti BMW dengan hanya 341 lokasi jualan pada tahun 2018.

Mercedes-Benz, pula memiliki 363 pengedar sehingga tahun 2019, sangat kecil berbanding Cadillac.

Masa depan elektrik Cadillac nampaknya tidak menarik perhatian segelintir pengedar tetapi GM mempunyai perancangan untuk mengurangkan para pengedar mereka.

Pengedar lebih kecil bermakna terdapat pengurangan dalam kos, sesuatu yang dapat meningkatkan potensi keuntungan jenama berkenaan. -thedrive

Google ads
Back to top button