Buletin

CAMARO CONVERTIBLE DRIFT DI STESEN MINYAK. SKILL ATAU BODOH?

Seorang pemandu Chevrolet Camaro Convertible berwarna kuning memuat naik menunjuk kemahiran memandu di sosial media.

Biarpun, aksi yang ditunjukkan agak mengagumkan tetapi lokasi dipilih tidak sesuai kecuali pemandu berkenaan ingin menempah maut .

Video terbabit dikongsi Reddit melalui IdiotinCars memperlihatkan pemandu Camaro Convertible memilih stesen minyak untuk show off kehebatan pemanduannya.

Pemandu yang merupakan wanita itu melakukan aksi drift donut di beberapa pam minyak.

Cuba bayangkan jika berlaku kesilapan dalam ‘persembahan’ bodoh tersebut. – carscoops

Google ads
Back to top button