Buletin

PENGGUNA TWITTER UNDI BOS TESLA JUAL SAHAM

Sebanyak kira-kira 57.9 peratus pengguna Twitter bersetuju CEO Tesla, Elon Musk menjual 10 peratus sahamnya menerusi tinjauan pendapat yang dilakukan dalam platform media sosial tersebut.

Pada Sabtu lalu, individu terkaya itu membuat ciapan memaklumkan, beliau akan menjual 10 peratus saham Tesla jika mendapat undian banyak.

Sebanyak 3.5 juta undian diperoleh melalui tinjauan berkenaan.

Musk juga sebelum ini memaklumkan beliau tidak menerima bonus atau gaji secara tunai dari ‘mana-mana pihak’, selain hanya mempunyai saham.

Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) sebelum ini mendedahkan usul untuk mengenakan cukai terhadap saham dan aset boleh niaga milik bilionair bagi membantu agenda perbelanjaan sosial yang diperkenalkan Presiden Joe Biden.

Musk mengkritik usul itu dengan menyifatkan ‘duit rakyat sudah habis, maka golongan bilionair pula jadi sasaran’.

“Saya hanya mempunyai saham dan bagi membolehkan saya membayar cukai adalah menerusi penjualan saham,” katanya.

Sementara itu, Musk memaklumkan beliau akan ‘patuh’ pada hasil undian tersebut. – aljazeera/UTUSAN

Google ads
Back to top button