
CIGA DESIGN PERKENALKAN EYE OF HORUS – GABUNGAN REKA BENTUK KONTEMPORARI DENGAN ELEMEN MITOS MESIR PURBA
CIGA Design, peneraju dalam pembuatan jam tangan, baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah jam tangan automatik mekanikal, Eye of Horus dari Siri X.
Eye of Horus adalah gabungan reka bentuk kontemporari dengan elemen mitologi Mesir purba tentang tenaga, kuasa, penyembuhan dan nasib.
Menurut mitologi Mesir, Horus, anak kepada Osiris dan Isis, kehilangan mata kanannya dalam pertempuran, hanya pulih secara ajaib kemudian berubah menjadi sumber kekuatan.

Melalui elemen berkenaan, ia tampil dengan bingkai berbentuk X yang unik, Eye of Horus memancarkan sentuhan mistik menerusi segi tiga Mata Horus, berfungsi sebagai jarum kedua.
Selain itu, jam tangan ini menawarkan keanggunan melalui penanda masa yang bercahaya hijau, menambahkan pesona pada setiap pandangan.
Untuk makluman, jam tangan ini tersedia dan boleh dimiliki dalam tiga pilihan warna iaitu Black, Rose Gold atau Silver.

Bukan itu sahaja, ciri utama lain ada pada Eye of Horus terdiri daripada sarung bioseramik, tali yang selesa, di mana ia bukan sahaja lembut tetapi juga boleh dibasuh serta Obsidian Crown, melengkapkan konsep atau sentuhan mistik pada jam tangan ini.
Eye of Horus dari Siri X boleh didapati di butik Red Army Watches di Pavilion KL & 1Utama dengan tanda harga bermula RM1,215.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.redarmywatches.com.my.


