" "
Iklan Pilihan

#IKLAN PILIHAN : SCUBY IMPREZA WRX STi V8 MENCARI TUAN BAHARU. ADA YANG BERANI?

Membesar di era 90an / 2000 dan sebagai peminat rali, Mitsubihi Evo dan juga Subaru Impreza adalah dua jenama yang cukup dekat di hati peminatnya. Tetapi berbanding Mitsubishi Evo, Subaru Impreza ini ada sesuatu yang cukup menyentuh hati dan kalbu. Deruman enjin Boxer yang cukup mengkhayalkan.

Dan model yang dipaparkan ini adalah merupakan Subaru Impreza WRX STi V8, sebuah model yang sahih mempunyai DNA rali, apatah lagi jentera rali dengan penampilan yang serupa pernah dipandu oleh lagenda rali Petter Solberg.

Berbanding Impreza V7 yang menampilkan rekaan lampu hadapan bugeye, Subaru Impreza V8 ini kelihatan lebih menarik pada bahagian hadapan dengan rekaan lampu jenis blobeye walau pun rekaan pada bahagian belakang masih lagi sama.

Walau pun model yang dipaparkan ini adalah daripada Subaru Impreza V8, tetapi hakikatnya ini adalah merupakan generasi kedua buat Subaru Impreza dengan menggunakan kod GD berbanding GC untuk generasi pertama. Dan untuk versi facelift pertama untuk generasi kedua sementelah penghasilan lampu bulat yang sumpah tak lawa itu, Subaru telah mendapatkan bantuan Peter Stevens daripada Prodrive untuk mereka semula lampu hadapan agar lebih kemas dan menarik.

Pada bahagian luaran, ianya telah dilengkapi dengan rupa yang sepatutnya beraksi di ladang kelapa sawit meredah lopak. Namun rasanya si Zam tak pernah sekali pun membawa Subaru ini meredah sebegitu ekstrem. Pandu pun entah sebulan sekali. Kanchiul juga yang beliau pandu hatta menyeberang ke negara jiran sebelum ini.

Bersemayam di ruangan enjin adalah nadi yang cukup berkuasa, EJ207 AVCS (Active Valve Control System) twinscroll yang secara asasnya mampu menghasilkan kuasa sekitar 285 kuasa kuda dan tork 343Nm yang dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan. Cukup berkuasa dan bertenaga.

Subaru Impreza ini turut dilengkapi dengan sistem ekzos stainless steel dari hadapan sampai ke belakang bersaiz 3 inci untuk menghasilkan irama boxer yang lebih syahdu. Pada bahagian luaran juga tersedia rim ori Jepun dan bukannya Taiwan mari bersaiz 18 inci serta sistem suspensi boleh laras daripada Tein.

Untuk pemberhentian, caliper brek Brembo juga telah dipasang untuk memastikan kereta yang laju ini dapat berhenti tanpa masalah tatkala lampu isyarat mula bertukar ke warna merah. Manakala bahagian kabin, rupa asal seperti tempat duduk bucket berwarna biru itu dan juga karpet asal masih lagi berada di tempat yang sepatutnya.

Dan paling penting lagi, menurut saudara Zam, ECU Impreza ini telah di recheat untuk menghasilkan antilag. Barulah boleh letup letup serupa kereta rali sebenar.

Dan Zam ini melepaskannya pada harga RM80k sahaja atau pun boleh menukar dengan Evo 7 atau pun EK kontot katanya. Silalah hubungi beliau di 0172819180. Mana tahu ada yang berkenan dengan Subaru ini. Sebagai pemilik kedai potong, rasanya kereta ini sentiasa dibelai dengan baik dan mendapat alat ganti yang padu. Paling penting, aircond sejuk katanya.

Hah apa lagi, ayuh segera roger si Zam sekarang. Tapi ingat, TUNAI sahaja atau ditukar seperti mana model yang disebut di atas.

BACA : #IKLAN PILIHAN – JOM MENGEMBARA BERSAMA PERODUA KEMBARA

BACA : #IKLAN PILIHAN : KERETA LUMBA EVO III SIAP SEDIA BERLUMBA UNTUK DIJUAL

Google ads

B K

Back to top button