
PENUNGGANG MOTOSIKAL PATAH TULANG BELIKAT GARA-GARA DIHEMPAP PAPAN IKLAN
Seorang wanita patah tulang belikat selepas motosikal ditunggangnya dihempap sebuah papan iklan yang terletak di persimpangan lampu isyarat Tok Gajah, Jalan Jerantut-Maran.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azman Mat Kamis, berkata siasatan awal mendapati ketika tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 3.20 petang, G Muniammah, 57, menunggang motosikal jenis Yamaha dihempap sebuah papan iklan yang melayang ke arahnya.
“Ketika penunggang motosikal itu melepasi lampu isyarat berwarna hijau, secara tiba-tiba angin bertiup kencang dan membadai papan iklan terbabit lalu melayang dan menghempap mangsa.

“Pada waktu kejadian juga berlaku hujan dan angin kencang,” katanya.
Azman berkata, akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan di bahagian dahi, mata dan dihantar ke Hospital Jerantut untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Mangsa yang juga seorang pekerja Alam Flora turut patah tulang belikat akibat kejadian itu dan keadaannya dilaporkan stabil,” tambahnya. – Berita Harian
- BACA: CIGA DESIGN PERKENALKAN EYE OF HORUS – GABUNGAN REKA BENTUK KONTEMPORARI DENGAN ELEMEN MITOS MESIR PURBA
- BACA: 28 KENDERAAN MEWAH DISITA, LANGGAR SYARAT PENGECUALIAN CUKAI
- BACA: GWM HAVAL H6 HEV BAKAL DILANCARKAN TAHUN INI
- BACA: #IKLAN PILIHAN : SCUBY IMPREZA WRX STi V8 MENCARI TUAN BAHARU. ADA YANG BERANI?