Buletin

CIVIC HATCHBACK DIPERKENAL DI AMERIKA – VERSI MANUAL BAKAL KE MALAYSIA?

Sejak minggu lepas, tersiar beberapa foto risikan Honda Civic hatchback yang bakal memulakan perjalanannya di atas sebuah kapal kargo ke Amerika Syarikat. Bagi pasaran penting kereta penumpang Honda, Amerika akan “merasmikan” model hatchback ini lebih awal berbanding negara lain.

Model Civic semasa di Amerika ialah varian sedan dan coupe. Ia dipasangkan di kilang Honda bertempat di Indiana dan Ontario Kanada. Model hatchback yang dilihat menaiki kapal tersebut datangnya dari UK yang merupakan hub global Civic model hatchback untuk pemanduan sebelah kiri. Ia bakal dijual secara rasmi pada September depan.

New Honda Civic hatchback heads stateside

Bagi pemanduan sebelah kanan, hub pengeluarannya terletak di Kilang Honda Thailand. Negara-negara seperti Australia, New Zealand dan Afrika Selatan berkemungkinan besar akan mendapat unit pemasangan Thailand. Ia adalah unit yang sama dipamerkan pada pameran GAIKINDO yang kami lawati minggu lepas.

Setakat ini, hanya Honda Amerika sahaja yang mendedahkan spesifikasi dalam trim jualan mereka. Secara asasnya, ia di bahagikan pada model “biasa” iaitu LX, Sport, EX, EX-L dan model “istimewa” Sport dan Sport Touring.

batch_Honda-Civic-hatchback-Gaikindo-mekanika2

Model LX, Sport, EX, EX-L akan mendapat enjin talaan 174 kuasa kuda sementara varian Sport dan Sport Touring bakal mendapat 180hp. Kedua-duanya dipasangkan dengan enjin sama, generasi baru 1.5 liter turbo L15B. Bezanya, model Sport dan Sport Touring didatangkan dengan sistem ekzos berbeza dengan saluran lebih lancar.

Pasaran Amerika juga menyaksikan mereka bakal menerima DUA jenis tramsmisi, automatik CVT dan MANUAL ENAM KELAJUAN. Ya, 6 SPEED MANUAL tuan-tuan!

Kalau megikut kepada prospek pasaran ASEAN, kami sangat yakin ia akan tiba di Malaysia. Keyakinan ini berdasarkan pada fakta Honda Malaysia sangat aktif dengan model-model prestasi tinggi mereka. Sejak mengambil alih legasi Honda daripada Kah Motor, Honda Malaysia telah memperkenalkan Civic ES versi 2.0 (K20) dan juga Civic FD versi Type-R pada 2007.

civic hatchback (3)

FD2R ketika itu dijual pada tanda harga RM199,800 dengan jaminan pengeluar selama 3 tahun dan pastinya merupakan pembelian yang sangat berbaloi. Malah, Malaysia merupakan negara pertama di luar Jepun yang mendapat model ini.

Honda Malaysia mungkin memerlukan kertas kerja yang bertimbun-timbun untuk meyakinkan prinsipal utama mereka di Jepun untuk membawa FD2R ke pasaran tempatan. Teorinya, bagi model FC 1.5 turbo hatchback yang dipasangkan di Thailand pastinya lebih mudah. Ia sudah tentu melepasi banyak halangan homolagasi dan juga kelulusan jenis (type approval) di negara-negara luar Jepun.

2017 Honda Civic Hatchback

Kita semua pasti lebih gembira jika TRANSMISI MANUAL 6 KELAJUAN diperkenalkan untuk varian 1.5L turbo hatchback ini. Ya. Saya sangat yakin, ia bakal laku keras kerana tiada lagi kereta sports murah keluaran kilang yang dijual dengan transmisi manual. Selain renault Megane RS, mungkin Mazda 3 MPS yang terakhir mewakili DNA Jepun untuk transmisi manual.

Seperkara yang ingin kami kongsikan bersama ialah, di Jepun Civic sudah lama “mati”. Model terakhir yang dijual di pasaran domestik di sana ialah Civic FD. Sejak model generasi ke 9 (FB) tiada lagi Civic di Jepun dan pasaran kereta segmen penumpang mereka digantikan model Grace (City).

Mungkin Honda Malaysia boleh menjemput subsidiari mereka membangunkan produk aftermarket di Malaysia. Kita tak mungkin mampu melawan Thailand dari segi umlah pengeluaran dan eksport kereta namun menjemput nama-nama seperti Mugen dan Spoon melakukan R&D di sini pastinya lebih menyeronokkan bukan?

 

LONG LIVE HONDA!

Google ads
Back to top button