Motosikal

HONDA CRF450R: MODEL MOTORCROSS TERBAIK SETAKAT INI!

Sempena ulang tahun ke-15 penghasilan model motocross, Honda memperkenalkan jentera CRF450R telah direka semula sepenuhnya.

Honda-CRF450R-mekanika (7)

Model yang revolusionari itu didakwa menjadi mesin motocross paling berkuasa dan memiliki pengendalian terbaik daripada Honda setakat ini.  Tidak berkompromi dari segi reka bentuk dan prestasi, Honda memangil jentera tersebut sebagai  “Absolute Holeshot”.

CRF450R digerakkan oleh enjin Unicam® yang menawarkan prestasi terbaik untuk 100 kaki pertama. Prestasi kritikal untuk sebuah jentera lumba seperti ini. Enjin baharu yang diinspirasikan daripada HRC memberikan CRF450R 11 peratus lebih kuasa dan tork lebih mantap pada seluruh julat rev enjin.

Honda-CRF450R-mekanika (9)

Bukan itu sahaja, pasukan jurutera Honda juga menghasilkan chasis baharu yang lebih ringan. Kerangkanya mempunyai titik graviti rendah untuk menawarkan kualiti cengkaman roda belakang lebih baik dan pengendalian lincah.

Selain CRF450R, Honda turut mengetengahkan model-model baharu untuk tahun 2017 seperti CRF450RX, CRF250R dan CRF150R. Di samping  jentera off-road CRF450X dan CRF250X.

Honda-CRF450X-mekanika (2)

CRF450RX kini pula dilengkapi tangki lebih besar, butang penghidup enjin, roda belakang bersaiz 18 inci, suspensi yang telah disemak semula dan banyak lagi.

“Kami sangat berbangga untuk memperkenalkan CRF450R dan CRF450RX tahun 2017. Kedua-dua motosikal berprestasi tinggi ini menyerlahkan keupayaan kejuruteraan Honda.

Honda-CRF450R-mekanika (8)

“Kami tidak sabar untuk melihat semua jentera ini dipandu oleh Pasukan Honda HRC, skuad Campbell Racing, pelumba amatur dan semua pelanggan kami,” kata Pengurus Komunikasi Pemasaran Motosikal American Honda, Lee Edmunds.

Google ads
Back to top button