Modifikasi

HONDA FD2R FEEL’S

Kereta ini agak membosankan. Ramai sangat yang pandu atau buat modifikasi. Nasib baik gambar yang saya terima menarik. Itu sebelum saya tengok spesifikasinya. Terbaca sahaja spesifikasi, terus semangat nak buat karangan.  Kereta ini buatan FEEL’S? Biar betul? 

DSC_9381

Di Jepun, kalau anda hendak meniaga dan masyur dalam masa yang cepat, kena ada sekurang-kurangnya sebuah kereta demo. Sebaik-baiknya kereta trek sebab apabila menang di trek, anda boleh buat apa saja produk yang kemudiannya ramai orang Jepun beli.

Orang lebih percaya apabila produk itu diuji di trek, khasnya suspensi, brek dan ECU. Sebab itu juga nama-nama besar seperti HKS, APEXi dan CUSCO lahir sebagai produk daripada trek. Itu belum cerita pasal produk semudah GT Wing yang dibuat oleh Voltex. Ringkas bukan?

DSC_9370

Itulah Jepun, pengaruhnya juga membuatkan orang seluruh dunia menyembah mereka. Namun, lama sebelum kehadiran nama-nama besar ini, ada beberapa tuner kecil yang tidak kurang hebatnya.

Mereka biasanya memiliki bengkel yang tidak sebesar mana. Jenis satu atau dua lot kedai dengan 10 hingga 15 petak parkir di luar. Nama macam BEE-R sebagai contoh buat benda bangang-bangang macam camber caster dan arm boleh laras. Tapi lakunya bukan main lagi.

DSC_9379

Ini kereta buatan FEEL’S. Salah satu tuner Honda yang tidak kurang popularnya di Jepun. Sebelum ini, jenama 5Zigen banyak fokus kepada Honda. Tetapi apabila bisnes berkembang, mereka mula meneroka produk lain-lain dan semakin terkenal dengan sistem ekzos.

FEEL’S pula dari dulu sampai sekarang banyak fokus kepada Honda. Ia tidak besar macam Spoon atau Mugen. Bengkelnya dia standard kedai Shahrom sahaja. Tetapi inilah bezanya, mereka membuat talaan kereta yang sempurna untuk beraksi di litar. Salah sebuah kereta tersebut telah dijual di pasaran Jepun dan entah macam mana boleh tercampak masuk ke dalam kontena dan sampai ke Malaysia.

DSC_9375

Bertuahnya dapat kereta macam ini. Perkara pertama yang saya tengok ialah suspensinya, ARAGOSTA. Kalau anda baru belajar buka mudah.my jangan cari suspensi ini kerana ia premium.

Standardnya bukan TEIN, Cusco atau HKS. Ia dalam kelas Bilstein dan di Jepun ada satu lagi jenama iaitu Quantum. Kalau baru, set lengkap suspensi ini boleh cecah harga berbelas-belas ribu ringgit. Maju setapak lagi apabila dapat suspensi ini pada sebuah kereta NA pacuan FF paling ikonik – Honda FD2R!

DSC_9383

Enjin kereta ini tidak diketahui apa yang telah dibuat. Namun, menerusi pengamatan suaranya nampak macam tiada cam atau benda-benda pelik. Apa yang nampak ialah peralatan bolt on iaitu penapis udara Seekers dan ECU FEEL’S. Bila saya buat kajian sikit, ECU ini ialah model Type.B dengan bukaan VTEC pada 5,200rpm dengan rpm cut pada 9,200rpm. ECU ini ada ciri launch control kalau tak silap dan talaan AFR yang sangat-sangat cun.

Di trek, kelajuan bukanlah segala-galanya. Apa yang lebih penting adalah konsistensi supaya boleh dipandu dalam tempoh lama dan enjin tidak meletup.  Untuk tujuan itu, sistem pengudaraan adalah penting dan sistem pelepasan ekzos  dibuat secara teliti oleh pihak FEEL’S dengan set-up rahsia mereka. Set ekzos ini datang daripada manifold 4-1 paip tengah hingga ke peredam bunyi belakang.

DSC_9377

Selain suspensi yang super cemerlang, brek Brembo 4 pot nampaknya tiada masalah untuk memperlahankan kereta ini. Anda tahu berapa harga pad asli Brembo ini? Saya dulu termuntah nak beli, RM1,200 sepasang depan sahaja. Akhirnya, saya beli Bendix sahaja. Apa kisah?

FD2R dibantu oleh set tayar Bridgestone Potenza RE070 yang sangat mencengkam. Rim asal Type-R telah diganti oleh pihak FEEL’S dengan unit Enkei AME Tracer V2. Ukurannya pun lebar, 18 X 9 dengan tayar asal 225/40. Saya rasa, memang dia nak dapatkan traksi permukaan paling lebar tanpa membantutkan kuasanya.

DSC_9388

Bahagian dalaman kereta tidak ada roll cage dengan tempat duduk Bride Kuga. Maksudnya, kereta ini unit demo yang bukan main trek untuk kejuaraan. Besar kemungkinan ia untuk Sunday Cup atau Honda One Make Race. Stereng asal digantikan dengan stereng tanpa beg udara Momo Tuner. Tombol gear digantikan dengan tombol Seekers.

Bahagian luar pula, nampak jelas bahawa bampar hadapan itu lain daripada yang lain. Ia direka sendiri oleh FEEL’S. Memang susah hendak buat bampar FD semula kerana bentuk asalnya memang sudah sedia sporty dan cantik. Skirt tidak diusik, tetapi bampar belakang ditambah dengan diffuser FEEL’S. Spoiler belakang dengan bilah boleh laras pun daripada FEEL’S. Bukan rare lagi. Ini dah tahap super rare.

DSC_9389

FD memang kereta yang ideal. Tetapi apa yang tak sedap didengar ialah inilah kereta yang paling kerap kena rembat selain Toyota Hilux. Berita FD hilang bukanlah benda baru.

Masalahnya dengan pencuri moden bukan lagi macam masa saya muda-muda dulu jenis pecah kereta ambil RSM. Dia orang memang rembat satu kereta terus. Dengan itu, marilah kita sama-sama doakan pencuri macam ini mati eksiden dalam perjalanan dia nak merompak kereta orang. Amin.

[hr] Spesifikasi

Model: Honda Civic FD2R

Enjin: K20AR, full exhaust system extractor, FEEL’S exhaust muffler titanium, ECU FEEL’S Type B, Air filter Seekers

Transmisi: Manual lima kelajuan

Suspensi: ARAGOSTA boleh laras

Rim: Enkei AME Tracer Ver 2 18 X 9 ET51

Tayar: Bridgestone RE070 225/40/18

Dalaman: Stereng Momo Tuner, knob gear Seekers.

Luaran: Hood karbon FEEL’S, Bumper FEEL’S, Spoiler adjustable Wing FEEL’S

[hr]  Galeri

DSC_9368DSC_9371DSC_9372DSC_9373DSC_9374DSC_9378DSC_9382DSC_9384DSC_9387DSC_9385DSC_9390DSC_9392
 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button