Motosikal

TRIUMPH BONNEVILLE T40 DAN T40 BLACK DIUMUMKAN – 31.5HP, 36NM

Triumph Motorcycles dengan rasminya membawa nama Bonneville ke segmen 400cc dengan pelancaran Bonneville T40 dan T40 Black. 

Pelancaran Bonneville T40 dan T40 Black menyaksikan keluarga TR Series 400 terus berkembang yang sebelum ini dibarisi model Speed 400, Scrambler 400 X, Scrambler 400 XC, Tracker 400 dan Thruxton 400. 

Namun berbanding model 400cc lain, Triumph berjaya menghidupkan sepenuhnya nostalgia era 60an dengan identiti Bonneville. 

Ketika Bonneville T40 menawarkan gabungan warna dua tona dan kemasan krom, T40 Black pula tampil lebih misteri dengan warna serba hitam termasuk enjin dan casis. 

Kedua-duanya dikuasakan platform TR Series yang sama terdapat pada model 400cc namun Bonneville T40 dan T40 Black ini menerima cylinder head baharu termasuk talaan khas Bonneville. 

Menurut Triumph, talaan khas itu menyaksikan T40 dan T40 Black menghasilkan 36Nm seawal 5,000rpm. Meskipun Speed 400 menghasilkan 37.5Nm namun tork tiba lebih lewat pada 6,500rpm. Sementara itu, kuasa pula adalah 31.5hp pada 7,000rpm. 

Meskipun kedua-dua model ini menawarkan imej retro namun Triumph telah menyuntik pakej elektronik serba moden antaranya tiga mod menunggang (Road, Rain dan Eco). Ketiga-tiga mod ini menawarkan perbezaan pada respon trhottle, traction control dan ABS. 

Menariknya, T40 dan T40 Black ini juga merupakan model 400cc pertama yang dilengkapi dengan meter TFT baharu. Meter baharu ini juga menawarkan fungsi Bluetooth dan boleh mengakses sistem navigasi, kawalan muzik dan menjawab panggilan. 

Pakej casis juga baharu berbanding model 400cc lain dan terdiri dari fork konvensional di hadapan dengan penyerap hentak berkembar di belakang sekaligus mewujudkan rupa Bonneville sebenar. 

Antara ciri lain ditawarkan:

  • rim lidi 18” depan dan 17” belakang
  • ketinggian tempat duduk 790mm
  • berat 191kg
  • brek dua piston depan 
  • centre stand
  • cornering ABS dan traction control
  • cruise control 

GALERI: TRIUMPH BONNEVILLE T40 2027

Google ads
Back to top button