Buletin

DOKTOR MABUK LANGGAR PENUNGGANG MOTOSIKAL TERUK DIBELASAH DI INDIA

Seorang doktor dikatakan cedera parah selepas dibelasah oleh orang ramai kerana melanggar beberapa orang pengguna jalan raya. 

Insiden yang berlaku di wilayah Durgapur pada malam Ahad itu bermula apabila Jiban Chatterjee, 55 tahun, merempuh sebuah beca berhampiran pejabat sebuah parti politik komunis. Pelanggaran itu menyebabkan enam orang mangsa cedera.

Semua mereka termasuk Chatterjee dimasukkan ke hospital dengan seorang penunggang skuter dilaporkan berada dalam keadaan kritikal. 

“Apabila melihat sedan itu melanggar melanggar kenderaan lain, pejalan kaki yang berada di kawasan berhampiran mula mengejar kereta Chatterjee. Dia kemudian memecut ke arah jalan menuju ke pusat membeli-belah dan hotel. Keadaan di sana sesak kerana hari Ahad,” cerita seorang saksi. 

Kereta itu kemudian berhenti selepas melanggar sebatang pokok. Berang dengan tindakan pemandunya, orang ramai menarik keluar Chatterjee yang sudah pun berdarah dan membelasahnya. Dia disahkan mabuk ketika memandu. 

Polis bergegas tiba di tempat kejadian dan menyelamatkan Chatterjee. Kes masih dalam siasatan polis. – The Telegraph India

Google ads
Back to top button