AYAH ROSAKKAN BMW ANAK UNTUK HALANG MEMANDU DALAM KEADAAN MABUK – DADDY COOL
Ini mungkin merupakan satu berita yang pelik dan ekstrim. Ia boleh dikatakan lambang kasih sayang seorang bapa terhadap anak lelakinya dalam dengan cara yang luar biasa. Beritanya ialah tentang sebuah BMW 3 Series Coupe dari generasi E92 yang kini rosak teruk selepas menjadi mangsa vandalisme. Siapa punya kerja? Bapa tuan punya kereta itu sendiri.
Kenapa jadi macam ni? Berebut awek ke? Taklah, ia sebenarnya langkah yang diambil oleh si bapa untuk menghalang anaknya dari memandu dalam keadaan mabuk. Boleh tahan abahnya.
Pada mulanya, si bapa cuba untuk mendapatkan kunci daripada pemilik BMW tersebut untuk menghalangnya dari memandu tetapi gagal. Korang sendiri pun tahu kan bahaya pemandu mabuk ni. Silap-silap boleh menyebabkan nyawa orang lain melayang. Kalau setakat dia sendiri lantaklah.
Cara yang terlintas di fikiran si bapa ialah merosakkan kereta si anak supaya tidak dapat dipandu. Pakai spanar besar macam Toretto ataupun pakai kayu hoki? Biasa sangat tu. Senjata pilihan di bapa ialah tukul beliung seperti yang digunakan oleh pelombong. Alah yang hujung tajam tu.
Bukan setakat cermin tingkap berkecai tapi dengan badan dan tayar jahanam sekali. Agaknya pakcik ni dulu kuat main games Street Fighter kot. Main hentam-hentam kereta.
Padahal rasanya kalau buang angin kesemua tayar dan memadai rasanya tapi korang ingat otak orang mabuk ni boleh diramal ke?
Insiden ini berlaku di Logrono, utara Sepanyol. Penduduk menyaksikan sebuah BMW menjadi mangsa vandalisme dan melaporkan kepada pihak berkuasa. Sebaik tiba mereka mendapati sebuah SUV melarikan diri dari lokasi kejadian. SUV tersebut krmudina berjaya ditahan dengan dua orang lelaki didalamnya. Siapa lagi kalau bukan pasangan anak dan ayah tu. Si bapa memandu dengan si anak yang mabuk disebelahnya.
Menurut si bapa berlaku pertelingkahan antara mereka sebelum beliau merosakkan BMW tersebut untuk menghalang anaknya dari memandu dalam keadaan mabuk. Cuma caranya mungkin kelihatan agak gasar.
Kesudahannya si bapa dikenakan denda kerana melakukan aksi vandalisme dan harap-harap si anak tu mendapat pengajaran sebelum cuba untuk mabuk lagi. Menyusahkan mak bapak yo kojo ekau eh. Biaso ni biaso.