
PEMANDU MABUK KEHABISAN PETROL PANGGIL POLIS UNTUK BANTUAN – CERDIK SUNGGOH ADIK KAKOK WEH
Jika ada anugerah untuk penjenayah paling bodoh di dunia ini mungkin salah seorang calon yang sesuai. Berusia 30 tahun dan berasal dari Detroit. Beliau dengan yakinnya menelefon pihak polis untuk membantu sewaktu kereta yang dipandu kehabisan petrol.
Menurut Michigan State Police, lelaki tersebut sedang dalam perjalanan dengan seorang penumpang wanita bila kereta yang dinaiki mereka kehabisan petrol di lebuh raya I-94. Kalau orang biasa memilih untuk meminta bantuan rakan ataupun talian bantuan lain, mereka memilih untuk memanggil unit peronda Michigan State Police untuk bantuan.
Pemanggil merupakan penumpang wanita dan mahukan bantuan segera tapi tiada yang mahu membantu mereka. Pemandu yang ‘bijak’ mendapat idea untuk mendapatkan bantuan segera.

Apa yang mereka lakukan ialah memanggil Detroit Regional Communications Center dan melaporkan seorang lelaki kulit putih memandu Dodge SRT telah menembak kereta mereka dengan menggunakan raifal tempur AK47 sebanyak 150 das. Gila betul idea depa ni.
Polis segera mengejarkan unit peronda dan sebaik tiba di lokasi didapati tiada sesiapa pun yang tercedera dan satu lubang peluru pun tiada pada badan kereta.
Rupa-rupanya ia cuma satu panggilan palsu untuk mendapatkan bantuan pantas selepas kehabisan petrol. Memburukkan lagi keadaan, polis peronda mendapati pemandu berada dalam keadaan mabuk dan lesen memandunya sedang dalam tempoh penggantungan. Semak lanjut mendapat beliau juga seorang pelarian dan mempunyai waran tangkap yang masih aktif.
Lelaki tersebut segera ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk dan mempunyai mempunyai tahap alkohol 0.16 dalam badan. Dua kali ganda had yang dibenarkan. Beliau dibawa ke Detroit Detention Center dan bakal dihadapkan dengan pelbagai tuduhan hanya kerana lupa mengisi petrol secukupnya. Jeng boh, jeng.