Buletin

AUTO BAVARIA TAWAR BMW 5 SERIES EDISI TERHAD DENGAN M PERFORMANCE PARTS. 30 UNIT SAHAJA, BERMULA RM347K

Auto Bavaria kini menawarkan BMW 5 Series Edisi Terhad dengan M Performance Parts di seluruh Malaysia.

Hanya 30 unit disediakan, model edisi terhad itu didatangkan dalam dua model iaitu BMW 530i M Sport dan BMW 530e M Sport. Sedan itu juga hadir dengan pakej edisi terhad eksklusif, 5porty.

Antara komponen yang ada dalam pakej tersebut adalah gril kidney BMW M Performance High Gloss Black, lencana rim BMW M 50 Years, pelindung cermin sisi gentian karbon BMW M Performance, lencana bonet, hadapan dan but Belakang BMW M 50 Years.

Tidak ketinggalan, kemasan stereng gentian karbon BMW M Performance, lampu pintu LED Projector BMW, kemasan Air Duct hitam BMW, paddle shifter BMW M Performance, pelapik kaki BMW M Performance, perakam video BMW Advanced Car Eye 2.0, Samsung Galaxy S22 Ultra, cawan seramik sttoke dan tinted percuma.

BMW 5 Series Edisi Terhad dengan M Performance Parts kini boleh didapati di pengedar Auto Bavaria di seluruh negara pada harga bermula RM347,000 seunit.

Google ads
Back to top button