Peranti

LENOVO THINKSTATION P620 KINI DI MALAYSIA. LEBIH BERKUASA, BERMULA RM10K

Lenovo mengumumkan bahawa Next-Generation ThinkStation P620 kini sudah boleh didapati di Malaysia. Stesen kerja itu terus menjadi satu-satunya stesen kerja profesional yang tersedia di pasaran dan dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen™ Threadripper™ PRO terbaharu.

Ia menawarkan prestasi sehingga 25 peratus lebih baik berbanding generasi sebelumnya. Selain itu, menara stesen kerja (tower workstation) juga tersedia dengan pilihan CPU 24 teras baharu yang menawarkan lebih fleksibiliti dan boleh dikonfigurasi bagi kegunaan pelanggan profesional.

Ketika Malaysia menerima Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0), aliran kerja terus berkembang dengan kompleks. Dengan generasi baharu ThinkStation P620, Lenovo menyokong industri utama seperti automotif, aeroangkasa, pembuatan dan seni bina untuk bekerja secara hibrid, di mana ia menuntut fleksibiliti dan prestasi platform stesen kerja.

Jurutera, pereka bentuk, pencipta dan arkitek dapat melakukan lebih banyak kerja dalam masa yang singkat kerana visualisasi 3D boleh dijalankan dengan lancar dalam masa nyata.

Direka bentuk untuk menjadi stesen kerja serba boleh di pasaran, ThinkStation P620 membolehkan pengguna lebih produktif semasa menggunakan pelbagai aplikasi. Ini termasuk sokongan untuk dua kad grafik NVIDIA RTX™ A6000, 1TB memori dan 20TB storan 2.

Versi terkini P620 juga menawarkan PCIe Gen 4 untuk meningkatkan kelajuan merentas storan, memori dan grafik. Cache L3 boleh diakses terus berbanding CPU generasi sebelumnya.

Peranti itu turut menawarkan peningkatan kelajuan jam (clock speeds) sehingga 4.5GHz, pemproses sehingga 64 teras, ethernet 10GB binaan dalam dan boleh menggunakan Windows 11.

Selain prestasi yang dipertingkatkan dan sokongan teknologi grafik profesional terkini daripada NVIDIA, P620 menggabungkan kebolehpercayaan, pengalaman dan inovasi.

ThinkStation P620 sangat sesuai untuk persekitaran IT yang diurus secara profesional.  Ia menawarkan kemungkinan tanpa had merentas industri dan menyampaikan keperluan untuk pelbagai aliran kerja.

ThinkStation P620 akan tersedia mulai akhir bulan ini pada harga bermula RM9,999.

Google ads
Back to top button