
BMW MOTORRAD AUTO BAVARIA ADA TAWARAN ISTIMEWA HUJUNG MINGGU INI!
Jika anda seorang peminat jentera dua roda sejati, inilah masanya untuk membuat keputusan yang tepat dan meraikan kedatangan Tahun Tikus dengan penuh bergaya.
BMW Motorrad Auto Bavaria menawarkan pelbagai model motosikal untuk memenuhi impian anda sebagai penunggang. Sertai sesi tunggang uji sekarang di pengedar BMW Motorrad Auto Bavaria.
Jadi tunggu apa lagi?. Pilih masa yang sesuai dan segeralah berkunjung ke Auto Bavaria Ara Damansara ataupun Auto Bavaria Pulau Pinang dari 7 hingga 9 Februari 2020 untuk menikmati tawaran istimewa tahun baru ini. Masa operasi adalah dari 9.00 pagi sehingga 6.00 petang.

Sempena Auto Bavaria Prosperity Deals ini, pelanggan boleh menikmati rebat*, kad hadiah Dyson bernilai RM1000*, pakej pembiayaan yang menarik dan pelbagai tawaran istimewa lain.
Selain itu, BMW Motorrad Auto Bavaria juga menawarkan jaminan pengeluar selama tiga tahun dan perbatuan tanpa had.
Dengan membuat bayaran tambahan, anda akan dapat jaminan tambahan selama dua tahun lagi. Jaminan selama lima tahun untuk sebuah motosikal sememangnya tawaran terbaik yang boleh didapati di pasaran sekarang.
Jangan bimbang kerana sama ada secara tunai atau pembiayaan bank, harganya tidak jauh berbeza. Tiada caj tersembunyi!

Untuk penjimatan yang lebih, Auto Bavaria juga ada menawarkan pakej istimewa untuk motosikal BMW terpakai yang telah diperiksa dengan teliti dan dijamin berkualiti tinggi.
Memiliki sebuah motosikal premium, pasti kita mahukan khidmat pelanggan dan pusat servis yang terbaik. Itu jugalah yang akan anda alami di pusat servis BMW Motorrad Auto Bavaria.
Bawa bersama keluarga anda dan saksikan pelbagai persembahan yang disediakan. Antaranya termasuklah persembahan silap mata, taichi, rebana Cina dan Tarian Singa yang bakal dipersembahkan oleh juara pertandingan Tarian Singa dunia di cawangan Auto Bavaria Ara Damansara.
Maklumat lebih lanjut tentang Auto Bavaria Prosperity Deals, sila layari FB rasmi BMW Motorrad Auto Bavaria ataupun daftarkan minat anda di SINI.