
GWM RAI PENGELUARAN KE-500,000 MENERUSI GWM CANNON
Great Wall Motor (GWM) baru-baru ini meraikan pengeluaran unit ke-500,000 menerusi model trak pikap, GWM Cannon, sekaligus membawa syarikat itu ke tahap lebih tinggi.
GWM Cannon menunjukkan kadar pertumbuhan mengagumkan sejak dilancarkan pada 2019 di mana ia merekodkan pengeluaran sebanyak 100,000 unit pada tahun pertama pelancarannya.
Selain itu, siri trak pikap GWM turut mencapai beberapa pencapaian luar biasa sejak empat tahun lalu dengan mengekalkan kedudukannya sebagai trak pikap terlaris di China selama 25 tahun berturut-turut termasuk mencatat jumlah jualan terkumpul lebih 2.45 juta unit di seluruh dunia.

Terdahulu, GWM Malaysia melalui akaun Instagram rasmi mereka mengumumkan ketibaan GWM Cannon Ultra 2023 untuk pasaran Malaysia.
Untuk kumpulan pertama, hanya 66 unit disediakan dan angka tersebut signifikan dengan tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-66.
GWM Cannon Ultra ialah trak pikap serba boleh yang memberikan pengalaman baharu pengguna di Malaysia selain didatangkan penampilan sporty serta bergaya.

Di ruang kabin, trak pikap itu mendapat skrin infotainmen bersaiz 9-inci dan virtual instrumen LCD 7-inci dengan ketersambungan Apple Carplay serta Android Auto.
Beralih kepada kuasa, GWM Cannon Ultra dikuasakan oleh enjin turbo diesel bersesaran 2.0 liter, menghasilkan 163hp dan tork 400Nm. Ia dipadankan dengan transmisi automatik lapan-kelajuan.
Menurut GWM, model berkenaan mendapat ciri separa autonomi Tahap 2 serta kit keselamatan seperti tujuh beg udara, amaran perlanggaran ke hadapan, brek kecemasan autonomi dengan pengesanan pejalan kaki dan penunggang basikal.
- BACA: GWM CANNON KINI TIBA DI MALAYSIA – DUA VARIAN, 66 UNIT TERSEDIA, ANGGARAN HARGA RM127K
- BACA: MALAYSIA AUTOSHOW 2023: GWM CANNON, 161HP, 8AT, PEMANDUAN AUTONOMI LEVEL 2, ANGGARAN HARGA BERMULA RM101K
- BACA: GWM KING KONG CANNON 2022. NAMA GANAS, ENJIN 161HP SAHAJA
- BACA: GWM DEDAH ORA GOOD CAT WARNA HIJAU PISTACHIO. 20 UNIT HABIS DIJUAL, VARIAN 500 ULTRA SAHAJA