Buletin

BELI ORA GOOD CAT DENGAN PELAN PENUKARAN MUDAH GWM MALAYSIA

ORA baru-baru ini mencatat sejarah apabila mencapai jumlah pengeluaran yang ke-400,000 unit di kilang pemasangannya di China. 

Sempena pencapaian tersebut, GWM Malaysia memperkenalkan Pelan Penukaran Mudah daripada kereta pembakaran dalaman (ICE) kepada kereta elektrik (EV). Ia bertujuan mempercepatkan peralihan kepada  EV di Malaysia. 

Pelan Penukaran Mudah EV GWM merangkumi perkara berikut: 

  • Pandu uji ekstensif selama dua hari 
  • Bantuan trade-in ICE ke BEV
  • Kredit pengecasan percuma berjumlah RM1,000
  • Aksesori percuma 

Pelan itu merupakan salah satu insiatif untuk membantu pembeli menukar kereta ICE mereka kepada EV. 

Pembeli ORA Good Cat juga akan menerima pengecas di rumah dan mudah alih secara percuma. jaminan selama lima tahun atau sehingga 150,000km serta jaminan bateri untuk 8 tahun dan perbatuan sejauh 180,000km. 

ORA Good Cat sememangnya sebuah EV yang menarik. Rekaan luarannya menggabungkan elemen klasik dan moden yang cukup menyerlah. 

Masuk ke ruang kabin, anda akan dihidangkan dengan penggunaan material berkualiti tinggi. Paparan kluster meter bersaiz 7 inci itu hadir dengan antara muka yang mesra pengguna. Bukan itu sahaja, tempat duduk dilengkapi ciri urutan untuk pemanduan yang lebih selesa. 

EV itu dipasang dengan fungsi bantuan pemanduan tahap 2 yang mengintegrasikan fungsi-fungsi seperti Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Forward Collision Warning (FCW), Lane keeping Assist (LKA), sistem brek kecemasan dan kamera 360 darjah. Pemandu juga boleh memilih lima mode pemanduan iaitu Normal, Sport, Eco, Eco+ dan Auto. 

Sebagai sebuah EV, ORA Good Cat dibina di atas platform L.E.M.O.N GWM yang ringan, elektrifikasi, pelbagai guna dan selamat. 

Jika berminat, EV tersebut ditawarkan dalam dua varian iaitu ORA Good Cat 400 Pro pada harga RM139,800 seunit, manakala ORA Good Cat 500 Ultra berharga RM169,800.  

Google ads
Back to top button