
GWM DEDAH ORA GOOD CAT WARNA HIJAU PISTACHIO. 20 UNIT HABIS DIJUAL, VARIAN 500 ULTRA SAHAJA
Great Wall Motor (GWM) secara rasmi memperkenalkan ORA GOOD CAT berwarna hijau Pistachio bagi varian 500 Ultra untuk pasaran Malaysia.
ORA GOOD CAT hijau Pistachio didedahkan kepada orang ramai dalam siri jelajah di pusat beli-belah Sunway Velocity.
20 unit ORA GOOD CAT Hijau Pistachio habis dijual pada hari pertama pengenalannya menjadi bukti daya tarikan kenderaan elektrik ini.

Menjengah ke bahagian dalam, ia dikemaskan dengan padanan warna dua tona hijau-kuning air, di samping tempat duduk yang selesa, tempat letak tangan, penutup lubang pendingin hawa berwarna oren terang, serta stereng hijau Pistachio.
Perkembangan berkaitan, GWM turut memberi hadiah kepada seorang pelanggan yang telah membuat tempahan ORA GOOD CAT berwarna Hijau Pistachio di Sunway Velocity Roadshow.
Bagi varian 500 ULTRA , EV berkenaan didatangkan dengan bateri 63.1kWh, menawarkan jarak gerak sejauh 500km untuk satu pengecasan penuh.
Ia dikuasakan oleh satu motor elektrik, berupaya menghasilkan 141hp dan tork 210Nm tork yang dipadankan bersama pacuan roda depan.
Sebagai langkah keselamatan, kelajuan maksimum Ora Good Cat dihadkan kepada 152km/j sahaja.
Maklumat lanjut, anda boleh layari laman web GWM Malaysia di https://www.gwm.com.my atau hubungi pusat panggilan GWM di 1800-18-2882.
GALERI:





- BACA: TENGKU ZAFRUL TERIMA ORA GOOD CAT DARI GWM MALAYSIA
- BACA: GWM MALAYSIA BERI KEJUTAN KEPADA PELANGGAN TERAWAL ORA GOOD CAT – HANTAR DALAM KOTAK HADIAH LUTSINAR GERGASI!
- BACA: MALAYSIA AUTOSHOW 2023: GWM DEDAH SUV JOLION HIBRID, 137HP, HARGA BELUM ADA
- BACA: MALAYSIA AUTOSHOW 2023: GWM CANNON, 161HP, 8AT, PEMANDUAN AUTONOMI LEVEL 2, ANGGARAN HARGA BERMULA RM101K