FORD UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA KENDERAAN AUTONOMI TAHAP 4
Ford hanya perlu menunggu kelulusan daripada NHTSA untuk membenarkan jenama itu menguji sehingga 2,500 kenderaan autonomi tahap 4 di A.S.
Tidak seperti kenderaan autonomi Tahap 3, kereta Tahap 4 tidak memerlukan interaksi manusia dalam kebanyakan keadaan.
Selain itu, kenderaan autonomi Tahap 4 ini telah dicadangkan bagi aplikasi seperti rideshare dan robotaxi.
Tetapi situasi kini berubah apabila Ford mengumumkan bahawa fokus akan diberikan kepada pembangunan sistem bantuan pemandu Tahap 3.
Berita itu tidak mengejutkan kerana Ford sebelum ini memilih menghentikan kerjasama bersama Argo AI pada tahun lepas selain merasakan dari sudut perniagaan, kenderaan autonomi Tahap 4 mungkin sukar mendapat tempat di pasaran komersial.
Meskipun agak berisiko dan masih belum ada jalan yang jelas untuk penyelesaian jangka pendek, tetapi jenama seperti Tesla, Mercedes-Benz tampil berani menerusi model S-Class serta EQS di mana model tersebut boleh digunakan secara autonomi di Jerman.
- BACA: JEPUN BAKAL SEDIAKAN LALUAN EKSPRESS KHAS UNTUK TRAK AUTONOMI – INI BARU NEGARA MODEN
- BACA: HONDA AWV, KENDERAAN AUTONOMI UNTUK TAPAK PEMBINAAN!
- BACA: HOLON PERKENALK BAS EV AUTONOMI MOVER – TERIMA SENTUHAN ESTETIKA PININFARINA
- BACA: TIDAK AKAN ADA FERRARI DENGAN SISTEM PEMANDUAN AUTONOMI – CEO FERRARI