
APLIKASI WAZE KINI TERSEDIA UNTUK SEMUA KERETA VOLVO
Aplikasi pemanduan Waze sudah tentu menjadi keutamaan pengguna masa kini di mana ia memudahkan kelancaran perjalanan sekali gus menjimatkan banyak masa.
Baru-baru ini, Volvo mengumumkan bahawa aplikasi Waze kini tersedia untuk semua kereta Volvo di seluruh dunia termasuk A.S. dan Asia Pasifik.
“Kami terus mengembangkan tawaran aplikasi dalam kereta Volvo untuk membawa lebih banyak pilihan serta faedah kepada pelanggan kami,” kata Ketua Program Global & Strategi Operasi, Erik Severinson.

“Kami komited untuk terus meningkatkan pengalaman melalui pembangunan perisian dalaman selain menjalin kerjasama berterusan dengan syarikat teknologi seperti Google atau Waze.”
Menurut Pengarah Pemasaran dan Perkongsian Waze, Aron Di Castro, kerjasama ini bertujuan untuk membolehkan pengguna mengakses Waze tanpa melalui telefon pintar.
“Kami sangat teruja untuk mengumumkan kerjasama kami dengan Volvo Cars kerana pemilik kini boleh mengakses navigasi terbaik masa nyata, laluan dan isyarat trafik melalui sistem infotainmen kereta,” kata Aron Di Castro.
“Memiliki navigasi dan makluman masa nyata Waze tanpa perlu menyambungkan telefon anda ke kereta, menjadikan pengalaman pemanduan yang mudah dan lancar.”