Buletin

HENNESEY VELOCIRAPTOR 6X6 SUDAH BOLEH DITEMPAH – HARGA RM1.4 JUTA

Produksi trak pikap Hennessey VelociReptor 6×6 dilaporkan telah bermula dan bakal ditawarkan pada harga AS$349,000 (RM1,4 juta) seunit.

Firma talaan kenderaan dari Texas, Amerika Syarikat itu telah membangunkan jentera tersebut selama lebih setahun.

Selain penambahan satu gandar baharu, Hennessey VelociReptor 6×6 menggunakan enjin V6 turbo berkembar bersesaran 3.5 liter yang mampu menjana kuasa sehingga 602hp dan tork 843Nm.

Kuasa itu diperoleh selepas wastegate turbo diubah suai, penggunaan intake baharu, intercooler, ekzos dan ECU yang ditala semula. Dengan kuasa tersebut, Hennessey VelociReptor 6×6 berupaya memecut dari – hingga 100km/j dalam masa 4.9 saat sahaja.

Bagi memastikannya dapat beraksi di laluan of-road, Hennesesy memastikan ketiga-tiga gandar roda boleh dikunci. Selain menaik taraf sistem suspensi dan memasang tayar off-road pada rim bersaiz 20 inci itu.

Hennessey turut memasang satu bull bar, bar lampu LED pada bumbung dan bampar baharu. Jika tambah AS$22,000 (RM89,700), pelanggan boleh mendapatkan pakej brek Brembo dengan angkup enam piston.

Hanya 50 unit akan diproduksi yang setiap satunya mengambil masih sekurang-kurangnya 11 bulan untuk dibina.

Google ads
Back to top button