Buletin

KIA OPTIMA SERBA BAHARU – BAKAL DILENGKAPI SISTEM AWD, REKAAN 3D

KIA dilapor sudah memulakan sesi ujian untuk sedan Optima dengan penampilan luarannya ditutup dengan pelekat. Biarpun begitu, imej render sedan itu tetap beredar di alam maya. 

Optima dijangka menerima bahasa rekaan serba baharu. Antara perubahannya ialah gril hadapan yang bersifat lebih tiga dimensi. 

Ketua Reka Bentuk KIA, Byung Chul Juh memberitahu Optima baharu memiliki penampilan yang tidak ekstrem, tetapi progresif dengan identiti jenama yang kukuh. Rekaan itu juga menggambarkan karekter KIA yang inovatif, muda, mencabar, ikonik dan cool. 

Render yang dihasilkan oleh pihak Kolesa ini menunjukkan garis tingkap dan bumbung yang lebih rendah.

Bukan itu sahaja, Optima dijangka dilengkapi sistem pacuan semua roda (AWD) yang dikawal secara elektronik. Sistem itu mampu mengagihkan kuasa berdasarkan kepada pecutan, kelajuan dan sebagainya. 

Sedan itu juga didakwa mempunyai mode Sport dan Eco untuk penggunaan bahan api yang lebih menjimatkan. 

Google ads
Back to top button