Buletin

HARGA FORD RANGER RAPTOR DI AUSTRALIA DIUMUMKAN. RM223K! APA LAGI MALAYSIA MAU?

Ya. Itulah harga yang perlu dibayar oleh penduduk Australia yang ingin memiliki sebuah Ford Ranger Raptor. AUD74,990 atau bersamaan RM223,531.90.

Mahal kan?

Nampaknya begitulah. Di sebuah negara yang menggemari trak dan utes, Ranger Raptor adalah varian terbaru yang ditawarkan di Australia selain Ranger biasa dan varian tertinggi sebelum ini, Ranger Wildtrak.

Sebagai perbandingan. Varian Raptor ini berharga lebih AUD13,200 (RM40K) lebih mahal dari Wildtrak (yang dah sedia mahal di Australia)

Tapi, ia trak je kan? berbaloi ke? Ranger je kot?

Terpulang kepada perspektif pembeli. Untuk pasaran trak, Malaysia adalah antara yang termurah di rantau ini. Tetapi di Australia pula berbeza, trak lebih mahal daripada kereta biasa.

Namun disebabkan permintaan yang sentiasa meningkat, pengeluar tidak pernah turunkan harga. Malah secara keseluruhannya, lebih banyak trak pikap dijual berbanding sebuah kereta penumpang di sana.

Pada Oktober tahun lepas, Ford Ranger pertama kalinya terjual lebih banyak dari sebuah Toyota Hilux. Ia rekod yang cukup bagus memandangkan Ford Ranger memang dibina dan dibangunkan dari awal lagi di Australia.

Berbeza dengan varian terendah, Ranger Raptor dikuasakan oleh enjin diesel dengan sistem pengecas turbo berkembar sebaris bersesaran 2.0 liter. Ia mampu menjana kuasa mencecah 201hp dan tork 500Nm, ia kemudian dipadankan dengan kotak gear 10 kelajuan automatik.

Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda menerusi sistem pacuan empat roda. Ia turut memanfaatkan enam mode pemanduan yang “disalin” daripada Ford F150 Raptor, termasuklah mode Baja Sand Racing.

Sekali pandang, trak pikap ini sangatlah garang dengan gril berwarna hitam, fender lebar, tayar BF Goodrich AT yang tebal dan roda aloi 17 inci.

Keupayaannya mengharung apa jua jenis permukaan jalan diserlahkan menerusi penggunaan suspensi belakang Watts Link dan peredam Fox Racing. Jentera itu juga mempunyai jarak kelegaan tanah yang ditinggikan sebanyak 11 inci berbanding Ranger biasa.

Ruang kabin Ranger Raptor kelihatan cukup sporty dan kemas. Dimonopoli oleh warna merah dan perak, bahagian tengah papan pemuka dihuni oleh skrin sentuh bersaiz lapan inci. Ia juga dilengkapi sistem infotainmen SYNC 3.

Google ads
Back to top button