Buletin

WRC 2020 – TOYOTA DAN FORD MULA MENAYANGKAN JENTERA RALI

Saingan World Rally Championship (WRC) 2020 bakal bermula pada minggu hadapan. Dan inilah detiknya buat pasukan yang bertanding untuk mula menayangkan rekaan grafik terbaharu bagi menghadapi saingan dengan pelumba yang baharu juga.

Jikalau dilihat secara mata kasar, rekaan grafik untuk pasukan Toyota Gazoo Racing ini seakan tiada perbezaan. Sebenarnya masih sama pun. Masih lagi menggunakan gabungan warna putih sebagai asas dan juga tona warna merah / hitam sebagai warna rasmi / imej rasmi untuk pasukan Gazoo Racing. Cuma penambahan pelekat penaja baharu CCI Corporation yang berwarna biru muda berjaya memberikan sedikit pembaharuan rupa terhadap Yaris WRC untuk musim 2020 ini.

Secara asasnya iannya masih lagi sebuah jentera rali musim 2019 yang cukup terbukti kehandalannya apabila berjaya memenangi enam pusingan untuk musim lalu. Cuma untuk mengharungi musim baharu, Yaris WRC edisi 2020 ini telah diberikan beberapa peralatan bagi Tujuan tingkat taraf. Sudah tentu tujuannya untuk memastikan jentera rali mereka lebih ringan dan juga prestasi enjin yang lebih baik.

Apapun Prinsipal, Tommi Makinen tetap menaruh keyakinan bahawa ketiga tiga barisan pelumba mereka Sebastian Ogier, Elfyn Evans dan Kalle Rovanpera mampu menyerlah bersama Yaris WRC 2020 ini.

Sementara itu pasukan M-Sport Ford turut menayangkan rekaan grafik terbaharu bagi musim 2020 dengan rekaan yang lebih segar. Kali ini warna putih telah dijadikan sebagai asas disamping penggunaan warna biru terang di bahagian badan. Tahukah bahawa tahun lepas jentera Ford Fiesta ini telah memenangi anugerah WRC 8 Livery buat kali ketiga berturut. Jadilah memang juga kan?

Rekaan yang tampak moden ini sebenarnya berinspirasikan daripada jentera rali Francois Delecour Ford Escort RS Cosworth. Menariknya juga untuk musim 2020 ini pasukan M-Sport turut mendapat sokongan tambahan daripada penaja Castrol.

Menurut Prinsipal Pasukan, Richard Millener beliau yakin hasil Pereka yang menggabungkan antara retro dan moden akan memberikan sesuatu yang berbeza. Ditambah dengan gandingan pelumba muda yang baharu.

Menurut beliau lagi, keyakinannya turut bertambah dengan penambahbaikkan yang dilakukan pada enjin Fiesta WRC. Sudah tentu kemenangan adalah sasaran utama buat pasukan muda mereka. Kita tengok macam mana prestasi mereka untuk pusingan pertama nanti.

BACA : INI TOYOTA YARIS UNTUK WRC 2019. KIT BADAN SEPERTI PESAWAT TEMPUR

BACA : WRC 2020 – ESAPEKKA LAPPI SAH SERTAI M-SPORT FORD

Google ads

B K

Back to top button