Buletin

BOMBA LERAI FORD MUSTANG SHELBY GT 500 DALAM LATIHAN. BOLEH NANGIS OI!!!

Meleraikan kenderaan merupakan antara tugas yang perlu dilakukan anggota bomba terutama ketika melibatkan kemalangan.

Anggota bomba terlebih dahulu perlu menjalani latihan bagi memastikan dapat menggalas tugas dengan baik.

Bagi Jabatan Bomba Dearborn, mereka kemungkinan besar menjalani latihan paling bernilai dengan meleraikan komponen jentera Ford Mustang Shelby GT500 tahun 2020.

Menurut hantaran di laman Facebook jabatan berkenaan, sebuah jentera Shelby GT500 berwarna merah telah dipotong oleh anggota bomba dalam sesi latihan.

Dalam status laman sosial berkenaan berkata anggota bomba Dearborn menjalankan latihan harian.

“Pada minggu ini, kami berlatih meleraikan kenderaan. Ia hampir meremukkan hati kami apabila terpaksa memotong kenderaan ujian Ford Shelby Cobra GT 500.

“Terima kasih kepada Dennis Lark dan FoMoCo untuk peluang ini. Latihan lain termasuk operasi khas dan pengenalan peralatan,” katanya.

Proses meleraikan kenderaan merangkumi pemotongan kenderaan daripada manga terperangkap bagi mengelak kecederaan ketika operasi menyelamat.

Ia tidaklah semudah yang disangka dan melakukan latihan menggunakan kenderaan dapat membantu anggota bomba mengharungi kesukaran dalam tugasan.

Ford Motor menyumbang jentera ujian berkenaan untuk digunakan dalam tujuan khusus.

Pada kebiasannya, kenderaan pra-produksi ini tidak memenuhi syarat penggunaan secara sah di jalan raya dan Shelby GT500 terbabit digunakan sebaik mungkin untuk kepentingan masyarakat. -agensi

Google ads
Back to top button