Buletin

FORD FIESTA LANGGAR BELAKANG LAMBORGHINI AVENTADOR SV, PEMANDU TERUS LARIKAN DIRI

Sebuah Ford Fiesta dirakam melanggar sebuah Lamborghini Aventador SV dari arah belakang sebelum melarikan diri.

Klip video pendek insiden yang berlaku di United Kingdom itu bermula dengan sebuah Avnetador SV berwarna biru bergerak di sebelah kiri jalan, sebelum membrek dan memberi isyarat membelok ke sebelah kiri.

Namun secara tiba-tiba, sebuah Ford Fiesta berwarna putih yang dipandu laju melanggar bahagian belakang hypercar berkenaan.  

Sedar dengan kesilapan besarnya, pemandu tersebut terus memecut dan lari dari lokasi kejadian. Di laman Intstagram, pemilik Lamborghini itu memberitahu dia masih mencari pemandu Fiestas berkenaan.

Dia juga menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang membantunya. Namun, tidak pasti sama ada dia sudah membuat laporan polis atau belum.

Jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pemilik Lamborghini itu juga tidak diketahui. Jika dilihat kepada video, pelanggaran yang agak kuat itu merosakkan bahagian bampar dan diffuser perlu ditukar.

Mengenai kenapa pemandu Fiesta itu melarikan diri, mungkin dia tiada insurans. Kalau ada pun, berkicap juga hendak membayarnya. Bukannya langgar Honda Civic ni.

Google ads
Back to top button