Modifikasi

TOYOTA MR2 DENGAN ENJIN HONDA K20, 1100 KUASA KUDA

Toyota MR2 generasi kedua dihasilkan antara tahun 1989 sehingga 1999 selalu digelar sebagai baby Ferrari atau poor man Ferrari disebabkan beberapa rekaan luar kereta ini mengambil ilham rekaan kereta Ferrari. Ia digelar MR disebabkan lokasi enjin dipasang sama seperti Ferrari, enjin di bahagian tengah cesi dan pacuan belakang (Mid Engine, Rear Wheel Drive)

Ia dibekalkan dengan beberapa pilihan enjin seperti 2200cc 130 kuasa kuda, 2000cc 163 kuasa kuda dan juga 2000cc GTE yang menghasilkan 218 kuasa kuda. JIka anda rasa kuasa ini tidak cukup, anda boleh tukar enjin kereta ini kepada enjin siri K, 2000cc DOHC VTEC Honda seperti yang dilakukan oleh Josh.

Enjin asal 2000cc GTE turbo yang menghasilkan 218 kuasa kuda diketepikan bagi memberi ruang kepada enjin Honda K20 bersama dengan sistem turbo bersaiz 7275 dari jenama AGP. 7275 membawa maksud saiz kompressor ialah 72mm manakal saiz turbin ialah 75mm. Dengan tekanan sekitar 48 PSi, enjin ini menghasilkan 1100 kuasa kuda pada 9100 RPM ketika diuji pada mesin dynometer

Josh bukan sahaja mengubahsuai sistem turbo, tapi berdasarkan bunyi enjin dan ekzos yang tidak sekata ketika dalam keadaan idle penulis percaya Josh menggunakan racing cam. Berdasarkan video That Racing Channel, Josh menerangkan enjin ini menggunakan Drag Cartel 3.2 Cam (aci sesondol prestasi tinggi) serta rongga kemasukan udara dibuat pada bahagian sisi panel badan kereta.

Kepala silinder (engine head) menggunakan produk yang dihasilkan oleh JBR Engine Shortblock dan rod penyambung antara piston dan aci engkol digantikan dengan aloi aluminium. Satu pam tambahan dipasang pada enjin untuk memastikan enjin ini sentiasa mendapat petrol pada tekanan yang tinggi

Dengan dipadankan dengan gear manual, Josh mendapati agak sukar untuk mendapatkan pecutan yang baik ketika perlumbaan drag. Jadi kuasa enjin akan dijinakkan dengan kit AEM ECU yang akan memberikan fungsi Traction Control. Dengan semua kuasa dihantar ke tayar belakang, wheel arch tayar belakang terpaksa dibesarkan bagi memuatkan tayar yang lebih besar

Dalam video ini juga anda akan dapat melihat satu butang antilag turbo yang dipasang pada roda stering namun penulis tidak pasti bagaimana sistem ini berfungsi. Walaubagaimanapun Josh tidak menggunakan bahan api metana bagi mengatasi masalah knocking.

Google ads
Back to top button