Buletin

CARA MUDAH CONVERT TOYOTA HARRIER JADI LAMBORGHINI URUS. BELI BODYKIT CRAFTECH, HARGA PUN MURAH

Memiliki Lamborghini Urus sememangnya menjadi impian ramai orang. Namun begitu, bukan semua mampu untuk membeli SUV berprestasi tinggi yang harganya mencecah ratusan ringgit. 

Jangan risau kerana firma talaan dan pembuat kit badan Craftech ada jalan penyelesaiannya. Produk terbaharu Craftech itu membolehkan anda menukar penampilan luaran Toyota Harrier menjadi sebuah Lamborghini Urus. 

Bodykit itu ditawarkan untuk Harrier generasi ketiga sahaja. Seperti yang dapat dilihat dengan jelas, bampar hadapannya meniru terus rekaan bampar Urus. Antaranya ialah gril besar dan coro sisi yang sekali pandang semua orang kenal. 

Bagi tidak menutup terus logo Harrier, satu lubang pada bahagian tengah bampar ini ditebuk dengan kemas. Peniruan reka bentuk Urus diteruskan ke bahagian sisi dan belakang. Jadi, kita boleh lihat skirting sisi dan peresap udara palsu berwarna hitam dipasang di belakang. 

Lampu utama, lampu belakang dan panel badan Harrier dibiarkan standard. Tiada apa yang ditukar.

Namun, pemasangan bodykit ini nyata membuatkan penampilannya jauh lebih sporty. Kit badan tersebut ditawarkan pada harga sekitar 380,000 yen (RM15,000). 

Pelanggan juga boleh membeli pakej bokykit yang lebih murah pada harga 240,000 yen (RM9,369) sahaja. Ia melibatkan komponen seperti bampar hadapan, alur boney dan penutup gril. Kit badan itu boleh dibeli secara berasingan mengikut keperluan. 

Harrier kini sudah memasuki generasi keempat dan dilancarkan di pasaran Jepun pada awal tahun lalu.

Tampil dengan rekaan menarik, SUV tersebut hadir dengan dua pilhan enjin iaitu 2.0 dan 2.5 liter petrol. Kuasa yang mampu dihasilkan adalah 171hp dan 178hp bersama dua motor elektrik yang menjadikannya kuasanya melonjak kepada 222hp. 

Kedua-dua enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear CVT. Di Jepun, Harrier ditawarkan pada harga bermula 2.99 juta yen (RM116,500) seunit. 

GALERI

Google ads
Back to top button