
PENGECUALIAN CUKAI JUALAN KENDERAAN TIDAK DISAMBUNG. HARGA KERETA KEMBALI NAIK 1 JANUARI 2021
Ini berita kurang baik untuk pembeli kereta mulai tahun 2021.
Ia berikutan permohonan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) untuk melanjutkan tempoh pengecualian cukai jualan bagi kenderaan penumpang pemasangan tempatan (CKD) dan import sepenuhnya (CBU) sehingga 30 Jun 2021 tidak diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Insentif pengecualian cukai jualan di bawah Pakej Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) itu diperkenalkan oleh kerajaan pada Jun bagi merancakkan Kembali sektor automotif yang terjejas teruk akibat penularan wabak COVID-19.
Dengan perkembangan itu, bermula 1 Januari 2021, kenderaan baharu sama ada CKD atau CBU akan dikenakan cukai jualan (SST) seperti yang dilaksanakan sebelum ini.
Memetik laporan Careta, kenderaan baharu perlu tiba di pusat pengedar sebelum 31 Disember 2020 dan mesti didaftarkan sebelum 31 Januari 2021 untuk menikmati pengecualian cukai tersebut.
Jadi, kereta yang dihantar ke pengedar atau bilik pameran selepas 31 Disember 2020 akan dikenakan cukai jualan sebanyak 10 peratus, tanpa mengira bilakah tarikh pendaftarannya.
MAA membuat permohonan penangguhan kerana banyak syarikat kenderaan gagal untuk memenuhi peningkatan mendadak tempahan yang diterima sejak beberapa bulan kebelakangan ini. – Careta, Wapcar
- BACA: TOYOTA TIDAK AKAN KEMBANGKAN OPERASI DI INDIA. BENGANG DENGAN STRUKTUR CUKAI KERETA
- BACA: BETUL KE SUSAH JUAL KERETA ZAMAN COVID-19 NI? KITA TANYA TOP SALES DEALER PROTON, SETIA GEMILANG AUTO
- BACA: PROTON CATAT JUALAN 11,411 UNIT KENDERAAN PADA NOV 2020. PENGUASAAN PASARAN 20.1%
- BACA: INI SUZUKI SWIFT 2021 (JADI KE KEMBALI KE MALAYSIA?)







