Artikel PilihanBuletin

HARI-HARI TERAKHIR LAMBORGHINI AVENTADOR SVJ PEMAIN MAN CITY

Kereta yang kena rampas dengan polis ni dah biasa kita dengar. Kalau umur kereta tersebut masih panjang, ia mungkin akan dilelong kepada pemilik baru. Namun ada juga yang tidak bernasib baik dan terus dihantar ke kilang besi buruk untuk dihancurkan. Kemungkinan ini mungkin akan berlaku terhadap sebuah Lamborghini Aventador SVJ jika pemiliknya tidak bertindak secepat mungkin.

Lamborghini yang dimaksudkan ialah sebuah Aventador SVJ berwarna putih milik bintang Manchester City, Benjamin Mendy. Kita kena ingat yang bintang bola sepak walaupun kaya dan mempunyai skil yang tinggi tapi bab kereta mereka memang selalunya ‘hancus’.

Menurut laporan The Sun, Mendy ditahan polis pada 15 November lepas di Chesire, UK pada jam 5.00 pagi kerana memandu SVJ tersebut tanpa perlindungan insuran dan lesen memandu. Nah kau, lesen pun tak ada.

Polis menyita SVJ milik Mendy dan mengikut undang-undang UK, pemilik mempunyai masa 14 hari untuk menuntut kembali kenderaan mereka dengan menyediakan dokumen lengkap dan membayar denda yang dikenakan. Jika gagal pihak polis mempunyai hak untuk melelong ataupun melupuskan terus kenderaan terbabit.

Masalahnya sekarang dah lebih 20 berlalu dan masih tiada reaksi dari pihak Mendy. Jadi risiko untuk SVJ ini dilupuskan adalah tinggi. Tapi tak bijak betul kalau lupuskan sia-sia, baik lelong je. Kat Malaysia ni kalau lelong kereta macam bangkai pun ada lagi orang minat.

Sumber terdekat Mendy menyatakan yang beliau memang seorang pemain berbakat tali memang gagal dalam bab dokumentasi. Tapi logiklah sikit, dah beli kereta kena la ada insuran dan lesen memandu. Seluruh dunia pun sama, kecuali kau nak pandu bumper car kat funfair.

Mendy membeli SVJ ini di Perancis sebelum membawanya ke UK. Beliau pernah dilihat di sekitar Cannes dengan SVJ ini tapi disebabkan kecuaiannya sendiri, kini tak dapatlah Mendy nak melaram lagi dengan supercar ini.

Masa dah makin suntuk untuk SVJ ini tetapi harap-harap umurnya masih panjang dan tidak dilupuskan macam tu je.

Google ads
Back to top button