Buletin

LELAKI NYARIS MAUT. YAKIN TUHAN ANUGERAH LAMBORGHINI JIKA PUASA SELAMA 40 HARI

Seorang lelaki di Zimbawe hampir mati apabila yakin Tuhan akan menganugerahkan sebuah jentera Lamborghini jika berpuasa selama 40 hari, 40 malam untuk diberikan hadiah kepada teman wanitanya.

Menurut laporan Daily Star, Mark Muradzira yang merupakan Pemimpin Pemuda Gereja Risen Saints di Bindura bertapa di sebuah gunung bagi mengelak dirinya teringin untuk makan. 

Bagaimanapun, lelaki berusia 27 tahun itu hanya bertahan selama 33 hari sahaja sebelum dia pengsan dan tidak sedarkan diri.

Lelaki yang menganggur tersebut sangat bernasib baik apabila diselamatkan sahabatnya dan dibawa ke Hospital Bindura.

Ketua gereja tersebut, Bishop Mawuru berkata Muradzira seharusnya berpuasa untuk meminta kerja memandangkan dia sedang menganggur.

Mereka yang datang ke gereja lelaki itu kemudian mendermakan wang bagi membantu Muradzira membeli kereta bernilai £150,000 (RM879,231) itu.

Jumlah kutipan diterima hanya £30 (RM175) dan ia digunakan untuk membiayai kos perubatan Muradzira. -agensi

Google ads
Back to top button